ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tandatangani MoU bersama Hawtai Motor Group Ltd.

Views

Akhirnya terjawab segala khabar angin mengenai Proton yang bakal mengadakan kerjasama strategik dengan Hawtai Motor Group Ltd. Hari ini Proton & Hawtai Motor Group Ltd. menandatangani MoU bersama untuk mengadakan kolaborasi pembangunan produk, secara tak langsung mengembangkan lagi sayapnya di China. Dibawah MoU tersebut mereka bakal menubuhkan satu syarikat usahasama di China dengan pelaburan dalam pembangunan model baru bersama, melalui rekaan bersama serta perkongsian modal. Kedua-dua syarikat memerlukan 3 bulan untuk untuk memuktamadkan kajian perniagaan mereka.

Proton bakal melesenkan model sedia ada kepada Hawtai untuk dipasang dikilangnya & dipasarkan di China dengan jenama Hawtai. Antara model yang bakal dipasang ialah Proton Exora & P3-21A (Persona R). Seterusnya kedua-dua syarikat bakal membangunkan model baru bersama pada masa akan datang. Selain itu kerjasama ini dilihat sebagai usaha Proton mendapatkan vendor tempatan China untuk membekalkan komponen mereka selain meneroka potensi pertukaran pembekalan antara vendor Malaysia dengan China.

* Apa yang akan terjadi dengan kerjasama mereka dengan Youngman? Adakah ini sebagai tambahan pasaran kepada Proton atau memang usahasama antara mereka dengan Youngman telah berakhir atas sebab-sebab tertentu? Hanya orang Proton sahaja yang boleh bagi jawapannya… 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

32 Comments


  • Saya rasa kerjasama Proton dgn Youngman dah berakhir sbb youngman dah beli kepentingan dalam Saab oleh itu youngman dah x perlukan proton lg untuk bagunkan produk mereka. JV dgn Hawtai ada salah satu cara proton nak enter kembali market china..


  • hermmmm… semua belum berakhir.. suatu permulaan yang baru…. business plan berbeza tuk setiap company… Hawtai kerjasama.. youngman rasa proton jual model untuk di rebadge… so mmg win win situation pn


  • Rasanya terma agreement antara 2 company china tu berbeza. Saya rasa JV dgn youngman masih berterusan. Nie kiranya proton tambah cawangan ar kat China tu:)
    Cuma dgn bersama Hawtai nie JV lebih utk jangka masa panjang d youngman adalah untk skop n projek2 tertentu jer, tak menyeluruh…

    my 2 cents!

    cheers!


      • malangnya kat malaysia baru euro 2, negara asean lain semua euro 4 kecuali kat sini dengan myanmar, kalau dengar info kat segmen auto buletin utama semalam.. apa punya polisi dah kerajaan ni, minyak harga mahal, kualiti euro 2, hampeh…


      • betul2. org dah nak masuk euro 6 dah. Kite masih terkial2 untuk euro 2. Macam mana la nak keluar dari kepompong negara membangun. Kalau minyak sendiri pun x naik taraf. itu ben dabesar. Belum benda kecil2 lagi..


      • yang aku baca, pengeluar yg takmau buat euro4 sebab kos mahal dan tak byk pon kereta yang guna diesel sini. sebabnya dulu roadtax diesel 4 kali lebih mahal dari petrol. tu yg org takmau. sekarang roadtax diesel-petrol dah sama. engine diesel laku kat europe sebab roadtax diesel sana lagi murah.
        kat singapore euro4 sebab mereka ialah pengeluar minyak yang telah diproses. mereka proses minyak dan export ke australia dan negara2 lain, dah alang2 proses tu, derang pon guna la minyak euro4 tu. kita ni hanya pengeluar minyak mentah.
        tapi, gov dah tetapkan pengeluar mesti buat diesel euro4 by 2013. Proton exora diesel pulak bakal keluar 2014.. kita hanya mampu menunggu la ni. harapnya proton dapat guna engine diesel hawtai secepat mungkin. engine tu guna teknologi italy, VM Motori, euro5 tuu!!


  • suka aku baca komen komen kat sini pasal post proton. kalau kat paultan, sakit hati je. bangsa lain memang tak suka kompeni melayu maju.

    syabass beta he kepada owner blog ni. jom kita sokong funtasticko sebagai rujukan automotive utama. kurangkan bergantung pada bangsa lain….cukup laa dari ayam, baju, telepon, komputer.. sampai laa blog kereta pun bergantung pada bukan melayu… last last diorang jugak yg kaya. jom kita sokong funstasticko!


    • paultan semamangnya membosankan… tpi info dia ok la jgk.. bab komen totally memang sampah… dan jelas dari puak mana komen2 itu.. saya pernah baca komen psl brek proton korang responsif sebab getah brek pad proton tak bagus, local part la katakan.. dia kata g SC dia suruh tukar ori part dari jepun.. dari komen dia saya cukup yakin yg dia cakap psl kereta dan bukannya basikal.. buat yg baru nk kenal pasal kete nih avoid paultan if possible.. sesat nanti payah…


    • pada aku paultan tu ok. blogger tahap jurnalis tu. cuma bila dah ramai yg masuk, tu yg mcm2 komen. rilekslh. jeremy clarkson pun suka bashing kereta2 yg lebih gah jenamanya tanpa alasan yg kukuh.lgpun proton tak mkn bashing2 tu. jenama lain pun korang ada bash gak kalo tak suka. :-p


      • paultan ok..tp yang x ok adalah dia punye forumer adalah dari hardcore JDM so ape2 yang berlaku kat proton even ‘ batu terselit kat celah bunga tayar ‘ pun dia complain..sbb kurangnye ilmu tentang teknikal kereta.yang diaorang tau enjin besar lebih laju,lebih power,jimat minyak,jualan dan cantik sahaja..contoh update .untuk rujukan tahun sahaja saya dah nampak 13 mybi tergolek ..termasuk semalam susur keluar highway lekas-kajang…ni menunjukkan kebanyakan driver jenis ni x tau kemampuan dan spesifikasi kete yang di pandu……cuba tanya pasal kereta teknikal kete conti dgn proton. …so saya sokong untuk beginer jgn percaya sgt dgn komen2 yang diberi dalam paultan tu..ade problem tanya pada yang pakar..kalau gune kete proton tanye pada pakar proton jgnla refer kat ah beng comfirm x settle..


      • sy ni cuba untuk membuka ruang untuk kita berfikir & berkongsi pendapat dlm dunia automotif.. sy bukanlah pakar, tapi minat nak tau pasal auto ni la yg buat sy buat blog ni selain branding company dlm masa yg sama.. nak kat kat sini semua proton fans pun tak juga, sebab sy pun kritik proton untuk bagi diorg ni lebih baik.. ada cadangan penambaikan dah dibuat & menjadi kenyataan sekarang, ni la hasil dia.. kalau kita tak bagi kritikan membina, pendapat & cadangan kat proton, mungkin diorg masih lagi macam dulu.. harap ini merupakan permulaan… kalau boleh sy pun nak tengok perodua jadi mcam proton, tapi situasi dlm perodua tak sama sebab yg pegang diorg org jepun


  • harap2 jv dgn hawtaii kali ni blh dpt hasilkan design yg lbh sleek dan anggun….cadangan proton utk next model more agar lebih competative design,lebih cun..kalau guna ciri-ciri headlamp yg lotus skng ni mesti nampak lebih cantik gak.nampak futureristiknye design…cadangan je..rase-rase satria neo dah perlu kene tukar konsep 3 pintu ke lima pintu mcm ford fiesta ..dgn design yg lebih sporty.headlamp dan ekzos artiga pun cantik..


  • tq..for info…harap2 p1 ble pg jauh cam hyundai dan kia..lps ni kalau nak kuarkan kete baru kene ade byk gadget2 yang special…ape kata letak suis signal kat stereng sekali dgn audio button senang nak tekan..lbh kurang cam moto tapi lebih advan,suis lampu kalau selama ni kene pulas.. apa kata buat suis yang jenis push,kalau on lampu just tolak ke depan nak off tolak balik kebelakang ,lebih kurang cam paddle shift punye style,nak high beam tekan button kat stereng..sgt praktikal. utk gear nob auto selama ni just tarik kebelakang dan tolak ke depan apa kata kita tukar cam manual ade alur gearnya mesti nampak lebih cantik..utk rev n reev letak solar panel yang ringan kat roof kete senang-senang je charge bateri FOC je,sesuai dgn cuaca malaysia..ape orang kata, gunakan sepenuhnya kelebihan yang tuhan bagi kat malaysia ni…enjin dah superb dah..cuma tang interior tu yang perlu di perkemaskan bagi nampak catchie skit..ni angan-angan aku je..hahahaha….teringin nak tgk p1 blh pg lebih jauh,kalau blh jd pioneer…


    • utk such design sebegitu kena rujuk the most proper way berkaitan dgn ergonomik dan human habit sekarang ini…kadang2 apa yg kita fikirkan proper itu tidak la proper mana pada pandangan orang2 lain…


  • utk mencipta sesuatu mmg susahkan tp x salah utk cubakan…yg ptg skang ni proton kene buat satu design yg catchie yg blh tarik minat selera semua peringkat,cantik, user friendly(senang untuk kendalikan kenderaan dan sistem audio,tanpa memerlukan pergerakan tangan yang banyak,semua dihujung jari) , praktikal dan selesa..R n H dah ok…digital rpm n speedometer meter pun ok gak..

Leave a Reply