ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tawar opsyen rebat tunai sempena kadar sifar GST

Views

Dalam menyahut kenyataan kerajaan mengenai kadar sifar GST pada 1 Jun 2018, pada 17 Mei lalu, Proton telah mengumumkan akan menawarkan kepada pelanggannya baucar perkhidmatan yang mempunyai nilai bersamaan kepada perbezaan antara harga sebelum dan selepas GST bagi semua pembelian keretanya. Baru-baru ini, syarikat meningkatkan lagi penawaran dengan memberikan pilihan antara baucar perkhidmatan atau rebat tunai dengan nilai yang sama.

Tawaran ini boleh digunapakai untuk semua kereta Proton yang dibeli dan didaftarkan dari 16 Mei hingga 31 Mei 2018 dan pertambahan bagi promosi jualan yang lain. Menurut Naib Presiden Jualan & Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa, Proton mengumumkan satu inisiatif yang menawarkan faedah kepada pembeli kereta Malaysia untuk membayar pada harga kadar sifar GST sebelum ianya berkuatkuasa.

Syarikat memberikan pelanggan pilihan untuk mereka menerima faedah ini, sama ada dalam bentuk baucar perkhidmatan atau rebat tunai. Jadi pelanggan tidak perlu menunggu sehingga 1 Jun 2018 untuk membeli Proton baharu kerana syarikat telah memberikan penjimatan yang lebih awal.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply