ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tawar Saga dengan harga bawah RM30K sempena Hari Raya!

Views

Sempena kedatangan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Proton menawarkan promosi terhebat bagi model Saga dengan harga terbaik dalam tempoh 10 tahun. Anda kini boleh memiliki Saga dengan harga serendah RM29,623.87! Selain itu model-model lain turut ditawarkan penjimatan istimewa sehingga RM4,000 untuk Iriz dan Ertiga, dan sehingga RM3,000 untuk Persona. Penjimatan yang ditawarkan adalah berkadar sifar GST, di mana tawaran menyerupai hampir dua kali ganda pengurangan kadar GST.

Menurut Abdul Rashid Musa, Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Proton, ini adalah masa yang terbaik untuk memiliki Proton, terutamanya dengan GST yang berkadar sifar dan pelanggan berpotensi untuk mendapat penjimatan antara 12 peratus – 18 peratus, bergantung kepada model kereta.

Jadual di bawah merujuk kepada nilai jumlah penjimatan yang pelanggan boleh nikmati daripada promosi Duit Raya:

Selain daripada promosi jualan, Proton juga menawarkan pemeriksaan 20-mata percuma di semua cawangannya di seluruh negara, bermula dari sekarang sehingga 15 Jun 2018. Pemeriksaan percuma merangkumi operasi pedal brek dan klac, suis-suis, lampu dan penunjuk di dalam panel instrumen, tali pinggang keselamatan, pemeriksaan bateri, bilah pengelap cermin, minyak enjin, cecair penyejuk dan lain-lain.

Selain itu juga, pemilik kereta Proton yang akan pulang jauh menghala ke arah Utara, Selatan dan Pantai Timur boleh ke Stesen Petronas terpilih di mana pasukan perkhidmatan Proton akan berada di sana untuk membantu anda melakukan pemeriksaan pantas yang diperlukan. Di samping itu, pelanggan yang menghantar kereta untuk diservis dengan menggunakan minyak pelincir Petronas Syntium SE 3000 dan Syntium SE 800 di mana-mana cawangan Proton akan dihadiahkan dengan payung yang ekslusif atau set pemutar skru Rolson. Tawaran ini sah sehingga 15 Jun 2018 atau sementara stok masih ada.

KLIK UNTUK BESARKAN

   

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply