ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton terima 8,000 tempahan X50 2024 hanya dalam tempoh sebulan, pengeluaran kini ditingkatkan

Berita Tempatan

Views

Proton X50 2024 yang telah dilancarkan pada bulan Jun lalu menerima sambutan yang begitu menggalakkan dengan mencatat jumlah tempahan sebanyak 8,000 unit hanya dalam tempoh sebulan.

Sejak pelancarannya pada tahun 2020, Proton X50 telah menjadi SUV terlaris di Malaysia, dengan mencatat jualan sebanyak 115,262 unit sehingga Jun.

 

Sebagai respon kepada permintaan yang menggalakkan ini, Proton sedang meningkatkan pengeluaran untuk mempercepat jadual penghantaran kepada pelanggan menjelang Ogos 2024.

Semua pelanggan yang layak mendapat promosi ‘early bird‘ diskaun tunai RM7,000 dan sokongan tukar beli RM1,000/RM1,500 akan menerima ganjaran tersebut dengan sewajarnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, pihaknya sangat teruja untuk melihat angka tempahan yang luar biasa pada bulan pertama sahaja.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Tambah beliau, Proton ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa pihaknya sedang melakukan segala yang mungkin bagi memenuhi jangkaan mereka.

Pelanggan tertarik kepada 2024 Proton X50 atas beberapa faktor antaranya keselesaan, prestasi yang ditingkatkan, dan nilai yang luar biasa.

Pakej kadar kebisingan, getaran & kekasaran (NVH) yang baharu menambah baik lebih 20 kawasan untuk penebat hingar jalan yang lebih baik, sekali gus mewujudkan suasana dalaman yang lebih senyap.

Selain itu, pintu belakang elektrik yang ditambah kepada varian Premium dan Flagship menawarkan kemudahan pengendalian.

Unit inforia (IHU) yang diperbaharui bersaiz 10.3-inci merupakan satu lagi daya tarikan, dilengkapi dengan unit pemproses dwi-teras empat baharu yang memberikan kelajuan bootup dan masa pemuatan yang lebih pantas.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

IHU juga merangkumi arahan suara popular “Hi Proton” dan aplikasi PROTON Link yang boleh menghidupkan enjin dari jarak jauh, serta menyejukkan kabin.

Salah satu peningkatan yang paling banyak diwar-warkan di media sosial adalah kamera 360 yang memberikan kadar kejelasan luar biasa, meskipun dalam keadaan cahaya rendah, menjadikan parkir lebih mudah.

Video pandu uji telah menyerlahkan paparan 3D yang menyepadukan sistem pemantauan titik buta, meningkatkan keselamatan dan kesedaran semasa pelayaran pada kelajuan sehingga 150 km/j.

Sempena sambutan capaian 5 juta kenderaan, Proton turut memperkenalkan pakej promosi untuk model model lain.

Ini termasuk diskaun tunai RM500 untuk Proton Saga, RM7,000 untuk Proton X70, dan penyelenggaraan servis percuma selama 2 tahun untuk Proton X90.

Selain itu, acara ‘Uji Pandu dan Menang tanpa Kewajipan Membeli’ yang lama dinantikan turut diperkenalkan di bilik pameran Proton di seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply