ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton terima anugerah di Grand Prix ASEAN NCAP 2024

Berita Tempatan

Views

Proton telah dinamakan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan – Industri di upacara Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024 baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, Proton adalah jenama Malaysia pertama yang menerima Anugerah ini dan mempunyai sejarah mengutamakan keselamatan dalam semua modelnya.

 

Pengiktirafan tahun ini menyerlahkan teknologi keselamatan inovatif Proton dan langkah penting yang telah dilaksanakan untuk memastikan kesejahteraan pelanggan.

Proton mengucapkan terima kasih kepada ASEAN NCAP atas penghargaan ini serta membantu membangunkan teknologi keselamatan dalam industri automotif.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Tambah Roslan, model terbaharu seperti Proton S70 dan Proton X90 dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Sistem Peringatan Memandu Keletihan (FDRS) untuk mengurangkan risiko keletihan pemandu.

Proton X50 2024 yang dilancarkan baru-baru ini, menampilkan enam beg udara SRS, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) tahap kedua dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

Pengiktirafan komitmen Proton terhadap keselamatan dan inovasi kenderaan Grand Prix ASEAN NCAP telah meraikan pencapaian cemerlang dalam keselamatan kenderaan di rantau ASEAN.

Proton dipilih untuk menerima Anugerah Kecemerlangan atas usaha dan sumbangannya yang berterusan dan cemerlang dalam teknologi keselamatan kenderaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Penghargaan baharu ini menonjolkan kecekalan Proton untuk memajukan keselamatan dan sokongan berterusannya untuk meningkatkan keselamatan kenderaan di seluruh rantau.

Selain daripada majlis penyampaian anugerah, acara ASEAN NCAP yang diadakan di King Mongkut’s University of Technology North Bangkok (KMUTNB) mengadakan sesi mengenai protokol dan teknologi keselamatan terkini.

Sesi itu membolehkan jenama automotif di rantau ini kekal di barisan hadapan inovasi keselamatan automotif.
Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) ialah kerjasama antara Proton dan Global NCAP.

Ia bertujuan untuk meningkatkan standard keselamatan, meningkatkan kesedaran pengguna, dan menggalakkan pasaran untuk kenderaan yang lebih selamat dalam komuniti ASEAN.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply