ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tukar strategi untuk jadi pengeluar kereta bertaraf dunia

Views

1175371_10151857568432318_989347367_n

Memetik laporan www.bharian.com.my, Pengerusi baharu Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengeluar kereta nasional itu akan menukar strategi daripada pengeluar kereta murah kepada kereta bertaraf dunia. Sebelum ini Proton sentiasa dilabel sebagai pembuat kereta murah atau pengeluar kereta berkualiti rendah.

Untuk menjadikan Proton sebagai pengeluar kereta bertaraf dunia harga kereta Proton perlu dijual dengan harga lebih tinggi. Preve dan Suprima adalah model yang berkualiti tinggi tetapi dijual pada harga RM80,000, namun orang ramai mengatakan harganya terlalu mahal untuk kereta Proton.

Beliau turut menyatakan Proton tidak pernah meminta dana daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Petronas. Beliau turut menambah, Proton kini merupakan syarikat swasta dan ia mampu membuat kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan.

* Apa pendapat anda? Kita tengok sejauh mana kemampuan GSC nanti sebagai sebuah kereta global, diharapkan GSC lebih baik daripada model Proton sebelumnya  🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

55 Comments


    • theme utk mobile page funtisticko ni kene tukar la..gambar x fix dalam satu baris..gambar lagi besar dari background putih..cube buat mcm amanz.my mobile site nampak kemas..pastu iklan yg kat atas tu agak mengganggu sbb asyik suro download memanjang..cube gune mcm paultan puyer mobile site utk iklan nampak pro, kemas n x oppressive


  • nak naik harga lagi baru nak tingkatkan kualiti ke? Terbalik sungguh pemikiran dorang ni. Kalau hangpa buat kereta berkualiti tinggi dulu, bila org yakin, sales akan naik. Lepas tu kalau naik harga org tak lah bising. Ni belum apa2 nak naik kan harga… menuju ke alam barzakh lah lepas ni kau proton….. Preve dan suprima pun BELUM sampai level world class quality bang oiiiiii…….

    (mohon ad min delete komen saya sebelumnya. Typo error… hehe)


  • Takpe, biarkan Proton Naik kan harga dan naikkan kualiti. Sebab Bab kata pepatah BAGAI AUR DENGAN TEBING, tidak pula PROTON DAN KUALITINYA.

    Memang berita ini yang saya tunggu, saya nak tengok Proton diperkata tentang KUALITINYA.

    Ini tidak, bila keluar je Model baru je ada je isu pasal KUALITI. So inilah masanya Proton fokus pada Kualiti. Mahal pon org beli jika kualiti bagus.

    Kita tunggu dan lihat..


    • Harga kereta Proton nampak murah sebab kereta jenama asing sangat mahal di Malaysia, sebab cukai tinggi. Tak semestinya kena mahal utk jadi world class. Kalau standard pekerja kolar putih Arab, Amerika, Jerman boleh pakai kereta D-segment Camry/Passat dengan pinjaman 3-4 tahun, kenapa kita harus berhutang sampai 9 tahun untuk membayar cukai yang sekali ganda daripada harga kereta sebenar??

      Saya memang minat dengan Suprima, tapi bila test drive, dashboard rattle gegar, dan Sales Agent boleh dengan yakinnya berkata itu ialah bunyi CFE Turbo! Kualiti plastik masih jauh ketinggalan dari C-segmen sekelas dengannya.

      I also wished to see Proton improved while still offering ‘value’. and it really hurts me a lot when I heard this kind of news. Chassis engineering is excellent, but fit-finish+interior quality & overall refinement remains Proton archilles heel (duri dalam daging).

      Saya amat berharap DRB Hicom dapat mengambil semula Syed Zainal sebagai CEO, kerana beliau sahaja yang dapat menyelamatkan proton daripada hanyut. Kepada Tun Dr Mahathir, saya harap Tun dapat betul-betul pencen & berehat.


  • bagi saya sepatutnya proton jual kereta dengan jumlah yang banyak supaya dapat mengurangkan kos pembelian komponen & mempelbagaikan model untuk 1 platform supaya kos pembangunan dapat dijimatkan, selain dapat memaksimakan keuntungan daripada 1 platform.. ni 1 platform ada model sedan dengan hatchback je, sepatutnya develop la jadi station wagon ke mpv ke crossover ke high performance model ke.. part sharing banyak takpe, janji setiap model tu ada perbezaan dengan model lain..


  • He said when Proton produced the Preve and Suprima car models, which are of good quality but sell for RM80,000, people claimed the price was too high for Proton.

    “The next car of the same quality is RM120,000. You (consumers) want to have cheap cars OK, Proton can produce cheap cars,” Dr Mahathir said.

    ini yang TUN M kata…kenapa admin tak post ini?? support Proton ke?

    tahun pun kereta 120k kat malaysia semua sebab di tax.. apa logic Mahathir? dah nyanyuk?


    • sumber saya dari berita harian bro, tak perlu saya nak ambil semua artikel tu, saya ringkaskan untuk ambil point penting je.. nak detail kena baca sumber rujukan tu lah.. 🙂 sebenarnya saya pun tak setuju dengan pendapat tun ni, sebenarnya proton boleh buat kereta berkualiti dan spesifikasi tinggi dengan harga murah.. 1 caranya dengan dapatkan skala ekonomi, jual kereta dengan banyak.. dalam meniaga ni tak semestinya nak jual mahal baru dapat untung, kadang2 kita perlu kurangkan sikit untung untuk dapatkan jualan lebih banyak & jimatkan kos pengeluaran.. tu lebih efektif, jual mahal kalau tak laku tak guna juga bro


      • itula masalah proton bro. dari day one kena export…tapi bila dah syok sendiri, dapat jual dengan mahal di malaysia tak ada competiton…dahla complacent…dah berapa kali managemnt bertukar? tapi nothing?

        masalah paling besar ialah vendor. ikut cara Nissan. renault masuk je, terus dia orang revamp, sekarang profitable.

        tapi problemnya…TUN M kebelakangan ini asyik marahkan orang malaysia..macam syok sendiri, adaka keluarganya gunakan proton? termasuk tan sri baru mokzhani ?


    • Suprima RM80k tu bukan xde tax bro..

      Wbagaimanapun, saya kurang setuju dengan statement Bharian –

      “Beliau berkata semasa Proton mengeluarkan model kereta Preve dan Suprima berkualiti tinggi namun dijual pada harga RM80,000, orang ramai mengatakan harganya terlalu mahal untuk kereta Proton.”

      Ini pula kenyataan daripada Tun M:

      “Kereta berikut dengan kualiti yang sama berharga RM120,000. Anda (pengguna) mahukan kereta murah, ok, PROTON akan mengeluarkan kereta murah,” kata Dr Mahathir.

      Saya tak setuju dengan wording KUALITI tersebut. Patutnya ia ditukarkan kepada wording SPESIFIKASI.

      Kalau Tun M kata, Preve/Suprima mempunyai ‘spesifikasi’ yang sama berharga RM120,000, saya setuju.


      • apapun bro….TUN M sebagai seorang TUN, sepatutnya fikirkan cara nak improve dan fikir, ataupun look at the east yang selalukan dia cakapkan…

        bukannya selalu kata negara lain pada zaman dulu ada protection la n so on… takkan sampai mati pun nak cakap perkara sama? asyik salahkan pengguna… yang orang dah hilang trust…nak buat macam mana?


        • Dasar pandang ke timur Tun M tu bukan takat tengok Japan je bro…

          Itu dasar ‘Buy British Last’ susulan London Dawn Raid dulu…

          Tun M ni lain sikit. Xmacam PM2 yg lain.


  • Apa citer engine Petronas yg proton beli? Macam tak lama dah proton ni. Parut calar pembeli dulu masih ada. Susah nak ubah persepsi pengguna. Saya pandu uji saga flx pak mertua hari tu, sedih, tak byk berubah kualiti dia.


  • saya setuju dengan campromania..platform tu dipelbagaikan..sepatutnya itu menjadi plan serta merta mereka sebelum menaikkan harga kereta..

    sekarang ni tiada guna lagi berhujah..kita tengok sejauh mana kualiti proton dipertingkatkan dengan harga baru ni..dan sepatutnya selepas ni tiada lagi isu kualiti..jikalau ada jugak isu ni..memang tak kemana dah Proton selepas ni..sorry to say..


  • kita ad pandangan berbeza,cuma kita tgk 10tahun ke depan,apa yang proton mampu beri kepada rakyat? master plan yg DSZ dh di bakul sampahkan…dlu nmpk gak projek enjin baru,model stp stahun…tp skg,saya xnampak…fill the blank


  • Sebelum nak bertaraf dunia, PROTON mesti menarik hati dan mengkagumkan rakyat Malaysia dengan produknya…Ini apabila kereta baru PROTON dilancarkan, pasti bakal pembeli kecewa dengan rekabentuk dan kemasan dalam kereta PROTON itu…TOLONGLAH PROTON, Belajar dan bergurulah dengan KIA dan Hyundai…10 tahun dulu setaraf PROTON tetapi kini setaraf HONDA dan TOYOTA…Contohi KIA dan Hyundai dgn melantik PENERAJU hebat dari Eropah..


  • Proton boleh menjual keretanya pada harga yang tinggi..tapi persoalannya, bolehkah kereta proton bersaing dengan kereta jenama lain? Di luar negara pun, salah satu kekuatan proton adalah faktor harga vs spec. Selagi proton tidak mencapai skala ekonomi, selagi itulah margin keuntungannya tidak besar.


  • Masalah proton ialah xde economic of scale utk kurangkan kos pengeluaran ..kat m’sia derbe serbi mahal.. kos nak buat dashboard saga tu pon mahal bknnya ada kualiti sgt pon ..belum kira dashboard inspira suprima lagi ..belum kira part2 penting spt cvt belt dan lain2 lagi ..kat m’sia kos tenaga kerja mahal sbb tu jepon byk buat kilang kat negara thai n indon sbb kos tenaga kerja n gaji jauh lebih murah disamping kualiti yg baik ..kos pengeluaran akan pengaruhi harga sesebuah keta

    DSZ pernah kata dlu proton bole buat kereta setanding kelas dunia tp harga mestilah on PAR pada kualiti n mahal ..proton xde tempat pengeluaran utk jana keuntungan.. Kena byk buat kilan pemasangan di negara2 jiran ..kjaan pon kena support proton ..da tau produk negeri sendiri knpa masih kenakan cukai ?? Kalau x harga proton jauh lebih murah.. Negara lain semua ada polisi utk lindungi produk negara mereka kenapa x kita??


  • Betul kata ADMIN… Ini pandangan saya pada Tun. Fokus pada Model SAGA. Jadikan model ini selepas ini Super Standard High Quality dulu. Yang BONUS nya harga kekal harga lama.. Hah macamana? Fokus yang ini dulu.

    InsyaALLAH Proton akan kembali pada landasan. Bukan susah pon. Proton ada segala TOOLS nya. Betul tak?


  • world class car means no ‘sakit badan’ for long hour drive,

    proper and correct seat design as well as pedal and steering correct distant is paramount.


  • Xfaham lah org2 yg terlibat dengan PROTON ni.
    Sudah Proton dibenci sekarang nak naik harga pulak.
    Pasa harga murah atau mahal jika pemikiran top-management Proton masih berkhayal, tak berubah memahami permintaan pasaran, elemen SYOK sendiri, ia takkan mengubah apa2.
    Masalah PROTON ialah tidak menepati citarasa pembeli.
    Dari sudut rekabentuk, spesifikasi dan FC dan masalah kualiti yang masih dihantui sejak 20 tahun lalu.

    Tun masuk Proton akan mendedahkan dirinya pda ‘penghinaan’ krn ia akan buat statement yang salah dan memalukan, seterusnya akan dipertikai dan dikutuk. Bukan zaman beliau lagi untuk pacu Proton menjadi ‘remaja’. Bukan zamannya lagi administrator/ govt know everything. Tun berjasa melahirkan Proton, tp Tun juga mungkin telah abused Proton tanpa disedari atau scera sedar. Tun tidak mungkin faham kehendak dan selok belok kesusahan bidang automotif zaman ini yg berbeza pada awal 80-an dulu ketika Proton dilahirkan.

    Proton hanya menyinar dizaman Dato Syed Zainal.. org yg Tun juga tidak suka.. tidak tahu apa sebab apa Tun ada personal interest negatif dengan DSZ yg jauh berjasa besar. Tun seolah2 melihat wang sebagai unsur utama dlm Proton untuk berjaya.

    DSZ pula lihat unsur nilai kepuasan pelanggan, harga berpatutan sebagai tarikan utama, dua manusia yg berbeza keran latar belakang yg berbeza. Line-up model yang laris sekarang adalah hasil tuaian kebijaksanaan dan ruh kebaikan di zaman DSZ. Proton merudum teruk di zaman Tun M jd PM juga. Zaman kualiti buruk Proton kerana terlalu nak menjaga company2 vendor yang berkepentingan dan terlalu menjaga kualiti eksport tetapi menganak tirikan pembeli tempatan.

    Zaman DSZ, beliau membuat penarafan semula gred kualiti vendor..sehingga ada yg disingkir.. itulah yg paling tepat. Kenapa kita bayar duit pd Proton untuk membela vendor2 perosak ini? Zaman DSZ juga mewujudkan skim i-Care skrg We-care yang merupakan talian hayat penting untuk pembeli mengadu masalah setelah sikap kurang adab di Service Center. Konsep life-time warranty power window.. dan pelbagai lagi skim kepuasan pelanggan. Semua ini ambil masa untuk mengembalikan kepercayaan pelanggan yang merosok 20 tahun lalu.

    Cycle pembeli akan mula bosan dengan produk Totoya-Honda atau jenama luar lain dan mereka satu masa akan kembali pd Proton. waktu ini ialah kualiti dan spesifikasi berteraskan harga yang betul yg menepati ciri pasaran amat2 kritikal diwujudkan.

    Tun memberi statement tanpa memahami masalah Proton. Memanglah untung dan wang adalah modal utama dlm memajukan Proton. Tp dengan wang berbillion tapi konsep dan pemikiran yang salah akan merosakkan modal tersebut tanpa hasil.

    Cuba lihat idea kreatif zaman DSZ. Beliau org yg ikhlas, jadi hasil pun berjaya. Savy adalah model bagu tapi salah projection. So DSZ bagunkan semula platform Savy kepada SAGA BLM-FLX yg hasilnya dituai sampai skrg, modal lebih rendah berbanding membangunkan produk baru sepenuhnya. Kemudian, model Gen.2 yang juga bermasalah dengan kualiti dan rekabntuk diubahsuai menjadi Persona yg juga skrg dituai oleh Proton sebagai income. Exora Bold adalah model ’emas’ Proton yang tidak berapa dipedulikan tapi sangat berpotensi dan laris di beberapa negara seperti Thailand. kerana menyangkakan segmen itu kurang laris. Mereka hanya beri tumpuan pada segmen-B & C tapi malangnya tumpuan diberi pun tak memenuhi citarasa pembeli. Top-management DRB yg salah krn menekan model SAGA terlalu murah dan akhirnya skrg menyesal dan menyalahkan harga murah.

    Sepatutnya juga model SAGA di beri tumpuan, di pek pada kualiti dan harga yang menghasilkan margin untung yg berkesan pada masa yang sama face-lift segar. Barulah harga dibeli mahal sedikit itu akan dihargai pembeli. SAGA hanya difacelift di muka dan belakang. bentuk pintu yg ketinggalan dr facelift itu patut diubah. kemudian naikkan harga sedikit.

    Maaf pada saya Tun memberikan halatuju yang salah pada Proton jika ia lihat Proton mesti jadi mahal baru berkualiti dan berjaya? Itu akan ‘membunuh’ Proton jik masalah kualiti assembly di lantai kilang dan vendor tak berubah tapi harga mahal. Tun juga tidak fikir masalah struktur cukai eksais dan import menjadi penghalang. Kenderaan luar juga dihalang oleh cukai import yang tinggi, jadi pembeli lihat ini satu paksaan jadi dendam mereka ialah pd Proton. Bila cukai setanding harga kereta luar akan lebih murah dengan kualiti yang lebih baik.. apakah Proton akan megah dengan harga mahal lagi?

    Tun elok diberi nasihat yang betul tentang automotif… bukan semua yang mahal itu berkualiti..


    • Saya setuju pandangan tuan. Ini lah masa kita nak habaq Mai pada Tun direct.

      Ada hikmahnya Tun cetus kan pandangannya sebegini. Mgkin Tun tengah baca post2 anda sekelian. Mgkin Tun nak tahu pandangan dari AKAR UMBI. Ialah yang dok atas2 mana nak faham masalah AKAR UMBI.

      Datang kerja pon mgkin pakai kenderaan yang selesa dan berkualiti. Mgkin Tun cetuskan suasana ni supaya MANAGEMENT Proton paham kereta kehendak pasaran dan apa itu basic kenderaan.

      Kita prasangka baik je pada Tun. Mgkin ini plan dia nak memperbaiki PROTON. Formula nya biasa, siapa PENJUAL tanpa PEMBELI.. Betul tak?


  • ada posting lepas saya ada mention Tun org yg dihormati, jasanya dikenang tp bukan zama nya lagi untuk berada dalam Proton.. tapi malang saya dikutuk balik..kita kena jadi org yg adil dan benar.. org2 yg taksub mendewakan seseorng cukup banyak dalam Malaysia..

    bila terlalu suka sehingga semua yg buruk cm baik..
    bila tak suka yg baik semua jadi buruk.. itu masalah pemikiran rakyat Malaysia.. jadi jgn hairanlah Proton adalah mangsa pemikiran rakyat negar aini yg kurang ilmu tp nafsu kuat..


  • Mmm… sy x terkejut dgn statement Tun M. Dari zaman sekolah kalau sapa2 kaji cara pemikirannya, anda pasti perasan. Bijak menjentik minda kita utk berfikir dan terus memperkatakannya. Penuh dgn cynical statement. Kena lihat yg tersirat lebih drp yg tersurat dan kena luaskan radius ‘radar’ pemikiran menjangkau pemikiran yg biasa2:)

    Inilah gaya tun M. Fasa pertama sebagai pengerusi proton beliau pandai mencari isu utk diperkatakan. Lagi hangat adalah lagi menarik. Beliau x harapkan bentuk maklum balas (+ve n -ve mmg dh jangka) tapi bagi beliau people akan memperkatakan proton n secara x sedar semua org akan bercakap pasal proton n kewujudannya. Dan pada ketika tu patutnya team prootn dh bersedia utk membuktikan sesuatu melalui keluaran terbarunya dn lain2 kejayaan baru dlm industri:) Sy x fikir keluaran proton nanti akan menjadi terlalu mahal. Nice product, good quality dan value for money… is much better:)

    Semua nk murah mcm produk Maiden, tapi kualiti nk mcm produk gedung Harrods… x dapek la pak cik nk nolonggg:P

    Tun M seorg negarawan ulung. Berdirinya pemodenan anak bangsa sekarang adalah hasil n cetusan magis beliau suatu ketika dulu. Amat malang bagi mereka yg x tau menghargai n mengenang jasanya… at least hormatinya walau x suka atas kepentingan n agenda peribadi.

    My 2 cents.

    Cheers!


    • Xperli nak sinis2 dlm dunia automotif.. you make it.. you prove it.. xpyh big2 word
      pembeli nk masuk ke showroom Proton dan nak lihat produk yang berkualiti dan memenuhi citarasa pada harga yang setanding dengan produk lain di pasaran, after sales service yangbagus.. itu takperlu sarcastic words.. xperlu org bertaraf Tun utk buat jika management Proton tu hati mereka menjiwai masalah Proton..


      • Saya setuju ngan pandangan Tuan Fauzan. Jangan tuan SERIUS sangat dengan pandangan beliau. Saya pon setuju yang Tun buat begitu supaya ada hikmah semoga direct info tu terus pada Management Proton yang sekarang dan generasi yang berikutnya. Kehidupan Manusia pon bukan lama. So jika tiada seseorang dapat ambil dan belajar sesuatu idea ini dari Tun maka bila lagi.. Ini lah masa Proton kena belajar nak memahami asas kenderaan. Supaya generasi selepas Tun akan memelihara ligasi Asas kenderaan ini sampai bila-bila.

        Sentiasa prasangka baik. Lagi banyak yang kita tahu rupanya lagi banyak yg kita tidak tahu.

        Renungkan kisah Nabi Musa dengan Nabi ALLAH Khidir.

        Sekadar pandangan saya je. Hehe


    • Ini bisnes bukan politik…jika proton rugi akhirnya bukan sedikit duit kerajaan perlu dikorbankan..nak buat isu bukan dlm bisnes


  • Sebabnya ramai yg nak buat kerja tapi tak tahu nak berniaga. Maka, perlu nya seorang Guru mengajar anak murid dengan pelbagai cara, menembak kita ibarat menembak Proton, nampak tak permainannya. Mana tahu pandangan dan idea tu boleh kita dapat disini. Silap haribulan mgkn ada antara kita ni yg akan memimpin Proton suatu hari nanti.

    Kata Tun bila berkerja kena Ikhlas. So Proton dan Vendor kena Ikhlas bila bekerja.
    Tak boleh ada mainan tarik tali antara mereka.

    Bukan keuntungan jangka pendek yang dicari. Tapi mencari keikhlasan menghasilkan Produk yang terbaik dari segala segi. Maka Lahirlah produk bila pelanggan jumpa kita angkat tangan tunjuk isyarat BAGUS.

    Saya sangat tidak setuju bila ada pandangan mengatakan bila nak murah sesuatu produk perlu buka kilang di luar negara. Jangan, kekal kan pengeluaran dalam negara. Itu asasnya. Kita kena bukti kan sebagai Islam kita boleh buat sesuatu Produk yang luar biasa tanpa perlu buka kilang kita di luar negara. Yang penting Ikhlas. Ikhlas itu yang Tun maksud kan.

    Percaya lah besar Maksud Ikhlas tu pada Proton dan Vendor. Mulakan Ikhlas dalam negara dulu. Sekira tidak berjaya Produk Ikhlas dari dalam negara maka jangan lah bermimpi nak buat sesuatu di luar negara.

    Sekadar pandangan saya je. Betul tak Tun..??? Hehe


  • sy setuju dgn beberapa org yg komen.. tun m memang bijak dlm menimbulkan isu yg mana komen yg diperolehi memberi impak yg besar dlm strategi nya.. kita perlu lihat kenapa tun m dipilih sbg pengerusi? kenapa bila tun m dilantik ada pula syarikat yg nak melabur atau bekerja sama? kenapa syrikat china dipilih untuk kerjasama? mcm mana ada pula syrikat jepun utk kerjasama dgn proton selain dari honda dan mitsubishi? dll persoalan…
    kita harapkan yg terbaik akan dibuat oleh proton.. selama ni org membeli kereta proton sebenarnya membantu industri dlm negara..


  • Proton bole buat kereta yg lebih baik.
    Apa yg proton perlu, seorang ketua yg bkn sekadar jd ketua dan hanya tunjuk kuasa, tetapi ketua yg jujur dan bjaya mengumpulkan anak2 buahnya utk sama2 mengeluarkan kereta/ model yg diharap2kan pengguna.. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana sepakat (betul ke ni hihi) – itu sja yg proton perlu


  • strategi diluar kotak adalah satu strategi yang orang orang biasa tak terfikir dan tak akan setuju mengikut logik akal.

    Perlu ada kekuatan yang kuat untuk mengubah gaya kerja yang sudah biasa buat kepada budaya kerja yang baru.

    Semua orang dari Pengurusan, Vendor, Pekerja, juru jual dan pembeli tidak akan setuju dengan perubahan yang bakal berlaku.

    Akan ada tindakan tindakan drastik yang tidak akan disukai bakal berlaku

    Mungkin vendor tertentu ditamatkan kontrak
    Mungkin Pengurusan bertukar
    Mungkin pekerja dibuang
    Mungkin Salah satu Kilang ditutup
    Mungkin Proton Edar dirombak
    Mungkin Prosedur Pusat Servis bertambah ketat

    Semua orang akan tak suka.
    Saya juga tak suka
    Suka tak suka, kena buat juga.


  • Erk………sekarang baru nak strategy ke?
    one thing for sure, Proton need to brush up their branding and marketing.

    KIA can sell it here even before Forte era, they made crap car as well previously.
    Proton need to go global, changed the mindset that this is Malaysian Car

    It should be read “This is THE CAR”


  • salam

    maaf ye.jawapan sarkastik tun untuk pm kita.bukan untuk kita pun peminat kereta.tapi tuk pm yang skarang berubah arah menyokong industri kereta luar.tu jawpaan tun untuk jawpan pm dalam satu perjumpaan tertutup bahawa proton bukan lagi kereta nasional bila drb abik.

    bila pm kata bukan lagi kereta nasional,tun jawab proton perlu jadi pengeluar global.berterusan dengan penerangan tun lepas pada tu iaitu kerajaan skarang menumpu kepada pengeluar kereta asing.itu jawpan tun untuk pm skrang.

    tun bagi bom kat pm bila tun bagitau dulu seorang pm luar negara panggil anak2 muda tuk setup industri kereta n kerajaan akan tolong mereka hingga berjaya…


  • Mmm… bagi sy statement tun M adalah ditujukan kat org kita yg tak tau diuntung. Visinya kn terkandung dlm agenda m;sia negara maju 2020? Org kita nie asal kereta nasional jer nk murah. Nk kualiti melampau2. tapi nk murah. bila dah tingkat kualiti setaraf kereta luar dgn harga yg berdaya saing, masih dikatakan mahal. Nk murah mcm mana lagi pun tak taulah. Diorg ingat proton company welfare kot:P. Kalau mampu, beli. Kalau tak mampu buat cara x mampu dan berusaha sehingga mampu suatu hari nanti.

    Walau proton dh di bawah DRB, statusnya still kereta nasional. Still perlu ada protection dlm beberapa perkara seperti mana negara2 lain juga lakukannya. Mesej gov jelas, protection ada kekangannya dan proton juga perlu bangun dan bersedia dgn pasaran terbuka globalisasi kini. Gov juga dh buka laluan utk proton kembangkan pasaran di China melalui hubungan dagangan dua hala China-M’sia dan terpulang kepada prootn utk menggunakan peluang itu.

    Cheers!


  • Proton perlukan yang berikut:

    1. Enjin direct injection berasaskan tooling untuk Campro – Direct injection bolih tingkatkan potensi turbocaj, kurangkan bahan bakar dan emisi dan dalam pada masa yang sama boleh guna line produksi yang sama dengan Campro. Jangan develop sendiri, dan jangan bagi Lotus develop. Keluarkanlah modal sedikit beri kepada Yamaha atau Ricardo yang ternyata dah banyak trek rekod membuat enjin untuk pelbagai OEM. Memang la mahal, bak kata orang nak buat duit tiruan pun kena pakai duit betul.

    2. Obohol design dan mutu interior. Proton tiada masaalah dengan desain eksterior (mungkin punggung Preve agak janggal tapi itu subjektif), namun rata-rata bersetuju interior kereta Proton banyak ketinggalan dari segi ergonomik, kepenggunaan, mutu permukaan sentuh-rasa, konsistensi merentas model (suis on/off tak sama fungsi, tombol pusing kiri/kanan tak konsisten utk panas/sejuk, LED tak nampak di siang hari, dsb). Belanja lah sadikit untuk ruang dalaman dan fungsi-fungsi canggih yang kini menjadi ekspektasi pembeli-pembeli muda.

    3. Perancangan produk yang tidak berasaskan justifikasi per model, tapi per platform. Kalau di kira modal untuk GCC sa bagai contoh, darab volume bulanan/tahunan sepanjang jangka hayat (5/7 tahun), biasanya memang tak untung. Paling kuat pun bolih dapat balik modal. Ini model pemikiran zaman tok kadok. Kalau nak amortisasi modal pembangunan ikut jumlah jualan per model, nak keluarkan satu kereta pun tak boleh. Jadi bila buat projek, kembangkan platform itu untuk dikongsi beberapa model seperti disarankan Campromania. Paling kurang satu hatch, satu sedan, satu crossover (kalau berani tukar top hat jadikan SUV/MPV terus). Buat balik kira-kira untuk jangka hayat platform, mungkin dalam 7-12 tahun. Nescaya bolih untung, tapi dengan syarat kenalah istiqomah dengan plan itu. Ini kalau tiap 6 bulan restructure carta organisasi, apa halnya?

    4. Hati-hatilah dengan target 5 star NCAP. NCAP itu badan penasihat sahaja. Kos kejuruteraan dari body 4 bintang ke 5 bintang tak kurang RM1,000,000,000. Ya seribu juta. Kalau konsultant safety itu hq nya di Banting mungkin murah. Tapi kalau pakai konsultant Eropah, bagi target 5 bintang, tentu lah kosnya melonjak. Kemudian apa yang Proton kejar? Market yang sensitif dengan penarafan bintang? Tidak juga… Ingat Honda City, Honda Freed, Toyota Avanza, Toyota Vios, Nissan Almera boleh lepas Australasia NCAP 5 bintang? Ada beza model-model ini dengan model-model global mereka. Cuba lah fikir-fikirkan kembali.

    5. Jual Lotus. Memang sejarah Lotus panjang dengan potensi tinggi, tapi kenapa tipu diri sendiri, ini satu mesin vakuum penyedut duit yang masih menyedut sejak 15 tahun yang lampau. Masa General Motors pegang masa zaman Artioli lagi dah banyak kepincangan dan selewengan. Proton masa zaman Tun Lah sudah belajar kisah perit dari pembelian MV Agusta, yang penuh masalah dalaman yang Proton cuba untuk selesaikan dengan hantar beberapa pak haji dan budak fresh grad untuk turn-around kan. Bolih kah? Akhirnya terpaksa juga jual (itupun satu kontrovesi yang sampai sekarang Tuan Chairman ingat) Itu semua singa nak membaham duit Proton. Jual Lotus, tak bermakna Proton tiada akses kepada servis dan teknologi mereka. Sekarang pun Proton masih membayar Lotus untuk khidmat kejuruteraan. Bukannya percuma. Jual sekarang, Lotus sudah tiada hutang. Gemukkan sadikit. Pergi China, carik tokay/ahli politik memana yang gairah nak parking duit kat oversea. Jual. Jual dan jual. (Kalau taknak jual, Lotus kena ada produk baru – sampai bila nak jual platform Elise-Evora yang dah tua tu. Porsche pun tak boleh hidup jual 911 sahaja. Tapi itu cerita lain)

    6. Simpan jurutera-jurutera yang pegang sepanar buat kerja. Bukan simpan deadwood yang lagi banyak layan Powerpoint dari fikir pasal kejuruteraan. End of the day Proton is an engineering outfit, with a marketing front to deliver the engineering product to the market. Kereta Proton yang dijurutera dengan baik akan terjual atas merit itu. Pada kualiti, prestasi, dan pricepoint yang betul, tak payah karnival, tak payah artis-artis, tak payah bayar konsultant pelik2. Tapi kalau engineer asyik ramai yang berhijrah macamana? Bolih hidup kah budak fresh grad duduk KL gaji RM2,5000/sebulan? Lepas tu tengok manager dia yang aci engkol pun tak tau dari aci sesondol dapat RM10,000 goyang kaki pergi meeting manjang? Leperkan organisasi dalam Proton. Ini dah macam piramid terbalik. Bos-bos lagi ramai dari macai yang buat kerja. Macamana tu?

    7. Baca komen-komen di sini, di blog-blog permotoran Malaysia. Banyak yang pahit dari yang manis. Tapi orang kata yang pahit tu lah ubat.

    Oh ya satu lagi, saya dah pakai tiga Proton. Dua model rebadge. Satu lagi model homegrown dengan enjin MMC 4G18. Wira dah boleh pass kat anak sulung di universiti. Banyak jasa Mitsubishi kepada Proton. Jangan lupa tu.

Leave a Reply