ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tunggu masa yang sesuai untuk masuki pasaran EV

Berita Tempatan

Views

Pengeluar kereta nasional, Proton sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan mengenai kenderaan elektrik (EV) yang bakal diperkenalkan di Malaysia dan masa yang tepat, sementara menunggu hala tuju negara mengenai segmen ini.

Menurut portal The Malaysian Reserve, ketua pegawai eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah berkata Proton boleh memperkenalkan teknologi EV, namun faktor lain sedang dipertimbangkan seperti harga, kemampuan pengguna, khidmat selepas-jualan, pengalaman pelanggan dan peraturan.

Katanya, mereka boleh membawa teknologi tersebut, namun persoalannya apa yang bakal terjadi kepada khidmat selepas-jualan dalam tempoh lima tahun kemudian. Mereka bukan semata-mata mahu menjual produk tetapi juga pengalaman pelanggan sepanjang  memiliki kereta EV.

Tambahnya, berapa ramai pelanggan yang mampu membeli EV dan di Malaysia, kekuatan jualan bergantung kepada harga yang mampu milik. Jika mereka mahu menurunkan paras harga, adakah itu akan memenuhi peraturan tertentu pada masa akan datang dan mereka perlu mencari produk yang sesuai pada masa yang tepat.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Kata Roslan, Proton akan memberi tumpuan untuk menilai produk EV terlebih dahulu sebelum memikirkan model perniagaan dan bagaimana pembuat kereta dapat memberi manfaat kepada pengguna dan pihak berkepentingan yang lain. Malaysia boleh dikatakan ketinggalan dalam perlumbaan EV di Asia Tenggara, di belakang Thailand, Indonesia dan Singapura.

Menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), mewujudkan rangkaian pengecasan awam penting adalah langkah pertama yang strategik, namun ini tetap menjadi cabaran di Malaysia, yang mempunyai 421 stesen pengecas pada Mac 2021 dengan sasaran untuk meningkatkan jumlahnya kepada 125,000 menjelang 2030.

Pengarah penyelidikan bersekutu Maybank IB, Liaw Thong Jung berkata, Rangka Kerja Mobiliti Rendah Karbon Malaysia 2021-2030 mempunyai banyak perkara positif, namun polisi EV lebih cenderung ke arah EV hibrid plug-in dan bukan EV bateri.

Katanya, ini secara tidak langsung menggagalkan tujuan meningkatkan infrastruktur EV dan rancangan dekarbonisasi di seluruh negara. Maybank IB menjangkakan jualan EV akan mengatasi enjin pembakaran dalaman di Asean dari 2035, dengan penembusan EV dijangka meningkat lima kali ganda hingga 20 peratus menjelang 2025.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Dalam perkembangan berasingan, Roslan berkata sentimen pengguna tetap stabil kerana disokong oleh pengecualian cukai jualan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Katanya, keadaan masih perlu dinilai selepas Jun apabila lanjutan insentif cukai berakhir.

Roslan juga berkata pengeluar kereta itu kini sedang memantau masalah kekurangan bekalan global dengan vendor dan rantaian bekalannya. Kata beliau, pengeluaran syarikat tidak terjejas pada masa ini dan bekalan cipnya mampu bertahan sehingga dua hingga tiga bulan akan datang.

Mengenai alat ganti, katanya, Proton telah menyimpan inventori terutamanya alat ganti atau komponen yang sering digunakan untuk jadual servis biasa di pusat servis, sementara jangka masa tertentu diperlukan untuk penyediaan alat ganti atau komponen yang disebabkan oleh kemalangan.

Untuk suku pertama tahun 2021, Proton mencatat jumlah jualan kenderaan secara keseluruhan sebanyak 32,826 unit – angka bahagian pasaran suku tahunan tertinggi sejak Mac 2012. Bahagian pasarannya untuk suku tahun ini adalah 23.6 peratus.

Saga muncul sebagai model terlaris, diikuti oleh X50 setelah hanya lima bulan dilancarkan. Roslan berkata,  Proton menjangkakan jualan akan terus kukuh seiring dengan permintaan pengeluaran pada suku kedua tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto hiasan

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply