Proton menunjukkan komitmennya untuk memajukan industri automotif Malaysia melalui pembangunan bakat semasa Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 dan 30 Jun lalu.
Acara tersebut telah dianjurkan oleh HRD Corp di bawah selenggara Kementerian Sumber Manusia untuk mempromosikan kemahiran berteknologi tinggi dan pembelajaran sepanjang hayat.
Penyertaan Proton dalam NTW 2024 membawa mesej yang jelas bahawa pembangunan bakat adalah penting untuk mencapai matlamat syarikat untuk menjadi peneraju global dalam industri automotif.
Syarikat telah merangka tujuh teras strategik, dengan “Pembangunan Bakat” sebagai salah satu keutamaan yang penting.
Tumpuan strategik ini bertujuan untuk menangani pelbagai cabaran perniagaan dengan memupuk pengalaman kakitangan dan membangunkan pemimpin tempatan.
Selaras dengan pelan hala tuju strategik 10 tahun jabatan sumber manusia, Proton komited untuk melabur dalam pertumbuhan modal insan dan meningkatkan keupayaan mereka.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Ini ditegaskan oleh pelaburan dan inisiatif strategik yang ketara seperti program Proton Young Talent (PYT), iaitu inisiatif pembangunan kerjaya pantas yang menawarkan penggiliran kerja pelbagai fungsi bakat muda dan tugasan berasaskan projek untuk mempercepat pembangunan kemahiran mereka.
PYT bermula pada tahun 2018 dan telah mengambil 178 bakat muda, dengan 143 yang sedang bekerja di Proton.
Rancangan semasa merangkumi pelantikan lebih daripada 100 bakat baru pada tahun 2024 dengan sasaran untuk menggandakan jumlah ini dalam pada masa yang akan datang.
Sejak tahun 2022, Proton telah melabur lebih dari RM9.4 juta dalam program latihan dan pembangunan, dengan mendedikasikan lebih daripada 100,000 jam latihan setiap tahun untuk memastikan kesiapsediaan para pemimpin masa depan di industri automotif Malaysia.
Inisiatif ini selaras dengan strategi DRM-HICOM yang lebih luas untuk membangunkan industry automotif di Malaysia melalui penubuhan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), yang bertujuan untuk menggalakkan teknologi automotif yang canggih dan memupuk tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.
Di bawah Kualiti Projek, Proton telah melaksanakan piawaian global untuk proses pengurusan projek yang dikenali sebagai sistem pembangunan produk baru (NPDS) bagi menghasilkan model baharu secara berkesan dan cekap.
Oleh itu, semua risiko berpotensi dikenal pasti dan diselesaikan awal semasa peringkat pembangunan projek sebelum bergerak ke semakan gateway yang ketat untuk memastikan piawaian kualiti tercapai sebelum pelancaran model-model baharu.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Proton mengambil langkah-langkah yang ketat untuk menyiasat dan memperbaikikan sebarang isu yang ditemui selepas pelancaran model baharu melalui pelbagai medium, termasuk Kawalan Peringkat Awal (ISC) dalam 100 hari pertama selepas pelancaran kereta, analisis tuntutan jaminan, mesyuarat kualiti pasaran harian, dan laporan sentimen media sosial.
Sejak pengenalan Proton X70 pada 12 Disember 2018, lebih daripada 217,000 unit SUV siri X syarikat itu telah dijual setakat ini kepada pelanggan pasaran tempatan dan eksport.
Ini membolehkan Proton jauh menerajui keseluruhan jualan SUV di Malaysia dalam tempoh masa itu. Penjualan Proton Saga pula telah melepasi 2 juta unit, membolehkan ia mengekalkan kedudukannya sebagai kereta buatan Malaysia paling popular sepanjang masa.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong berkata, unit kelima juta yang dikeluarkan oleh syarikat itu adalah Proton X90 Flagship dan ini merupakan simbolik sejauh mana Proton telah berkembang sejak permulaan kerjasamanya dengan Geely.
Baru-baru ini, syarikat telah mengumumkan e.MAS sebagai jenama untuk produk EV Proton masa hadapan dan hari ini mereka telah menetapkan lagi satu pencapaian.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI