ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton turut hentikan semua operasi mulai hari ini hingga 31 Mac 2020

Berita Tempatan

Views

Susulan dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini (18 Mac) sehingga 31 Mac 2020 oleh Perdana Menteri Malaysia, Proton akan menghentikan segala aktiviti perniagaan, termasuklah pusat jualan dan selepas jualan yang akan ditutup buat sementara.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Sehubungan dengan itu juga, kilang pengeluaran Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam akan turut menggantung segala operasi dalam usaha untuk membendung penularan wabak coronavirus (COVID-19). Semua operasi akan disambung semula sejurus menerima arahan dari kerajaan Malaysia.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Sepanjang tempoh sukar ini, Proton merasakan langkah berjaga-jaga perlu diambil dengan segera, selain menjaga kesihatan dan keselamatan negara Malaysia serta rakyatnya, kekal menjadi keutamaan syarikat. Sekiranya ada kes kecemasan seperti kerosakan atau kemalangan, sila hubungi hotline Customer Care, 1-800-888-398 untuk bantuan segera (24 jam).

Untuk pertanyaan dan aduan, hantarkan e-mel kepada [email protected]. Proton mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong jenama tersebut dan berharap semua pihak mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan untuk keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply