ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton umum permulaan operasi CKD untuk model Saga LHD di Mesir

Berita Tempatan

Views

Proton kini selangkah ke arah untuk mengembangkan jejaknya di pasaran antarabangsa dengan mengumumkan permulaan operasi pemasangan tempatan (CKD) di Mesir.

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu acara di Ibu Pejabat Pusat Kecemerlangan Proton dan ia diserikan dengan majlis pelepasan untuk menghantar 120 unit pek CKD Proton Saga LHD ke negara tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, penambahan operasi CKD di Mesir menambahkan jumlah kilang yang terlibat dalam aktiviti CKD dan SKD untuk Proton di luar Malaysia kepada lima.

Kilang CKD baharu itu mempunyai potensi untuk menjadikan Mesir sebagai pusat serantau bagi model-model Proton. Sejak 2004, jenama Proton telah hadir di pasaran automotif Mesir bersama rakan kongsi, Ezz Elarab.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Secara keseluruhannya, hampir 17,000 unit CBU telah dieksport ke negara tersebut dan pada tahun 2024, ia diramalkan lebih daripada 1,400 akan dihantar ke Mesir.

Dengan pemasangan tempatan yang disasarkan untuk bermula pada bulan Disember tahun ini di kilang pemasangan Ezz Elarab Elsewedy Automotive Factories (ESAF), jumlah yang disasarkan untuk tahun 2025 dijangka meningkat kepada 5,000 unit Proton Saga.

Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu berkata, proses CKD Proton Saga di Mesir membolehkan syarikat memenuhi matlamat kerajaan Mesir untuk mengehadkan bilangan import CBU ke negara tersebut di samping menggalakkan aktiviti pemasangan tempatan.

Tambahnya, syarikat bakal melancarkan model-model baharu untuk mencapai matlamat bagi menjadikan Mesir sebagai pusat eksport kenderaan Proton di rantau Afrika Utara.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Untuk tiga tahun pertama sehingga akhir 2026, pendapatan yang diperoleh Proton daripada eksport pek CKD ke Mesir diramalkan sebanyak RM570 juta, dengan tambahan RM20 juta dijangka sebagai pendapatan daripada aktiviti eksport alat ganti.

Steven Xu menambah, Proton adalah pengeksport utama kenderaan di Malaysia dan walaupun jumlah semasa kira-kira 3 peratus daripada jumlah jualan keseluruhannya.

Usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan angka tersebut dengan memberi tumpuan kepada beberapa bidang utama.

Sebagai contoh, Proton bekerjasama dengan vendor untuk mengurangkan kos komponen, sambil menjemput mereka untuk bekerjasama dengan syarikat di negara lain untuk membangunkan rantaian bekalan bagi aktiviti pengeluaran luar negara.

Ini akan memberikan pulangan jangka panjang bukan sahaja untuk syarikat dan vendornya, malah juga untuk pembangunan industri automotif bagi pasaran luar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply