ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Vitara bakal jadi kenyataan

Views

Berita ini pasti akan mengujakan peminat automotif tempatan yang sedang menantikan kehadiran SUV pertama keluaran Proton. Jika artikel sebelum ini kami pernah menyebut terdapat ura ura Proton akan memasang Suzuki Vitara dengan berlambangkan Proton, ia mungkin menjadi kenyataan kerana Proton sedang menyenaraikannya dalam barisan model akan datang.

Namun Proton Vitara tidak akan hadir dalam masa terdekat kerana ia juga bergantung kepada penerimaan MPV Ertiga yang dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat. Vitara yang kini dipasang di Hungary bakal dikeluarkan dari Tanjung Malim jika projek ini menjadi kenyataan nanti.

proton-vitara

Ketika ini pengeluar automotif dunia sibuk berperang dengan SUV terbaharu mereka, model genre ini masih lagi belum wujud dalam senarai kenderaan Proton. Apabila kami bertanya kenapa Proton masih belum ada SUV, jawapannya “Tak ada market”. Pelik tapi benar. Namun dengan adanya berita terbaharu ini nampaknya Proton dah mula mendengar dan membuka mata.

MPV Ertiga pula dijangka mengalami sedikit kelewatan kerana ada beberapa proses berkaitan teknikal yang perlu diselesaikan. Buat masa ini tiada sebarang pengumuman rasmi dikeluarkan dan mungkin juga model ini akan mengikut jadual seperti yang telah diumumkan oleh CEO Proton sebelum ini. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

_vitaraturbo-3160x1720-_0002 _vitaraturbo-3160x1720-_0009 127a8798 127a9075 127a9091 vitara_dash_passenger-orange vitara-3160x1720-_0012_safety-airbagsancap

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

13 Comments


  • Saya ada dengar dari orang proton kata exora bakal ditamatkan dan diteruskan dengan ertiga.. kemudian ada 4wd dari proton, pasaran utama sabah sarawak. Tapi saya musykil sikit sebab proton xda engine diesel xkan guna engine petrol?


  • Memang cadangan yang baik sekali.. Kolaborasi Suzuki-Proton masih diperingkat awal dan masih banyak belum diteroka bersama.. Kenderaan dengan teknologi pacuan 4 roda dengan harga berpatutan mempunyai pasaran yang tinggi di sabah dan sarawak..

    Model Pengganti Exora dikhabarkan akan dilancarkan pada awal 2019.. Pada tahun yang sama model SUV mewah berkuasa tinggi Lotus akan dilancarkan..

    Jika Proton Vitara menggunakan enjin baru 2.2L T-GDI dengan kuasa 200ps+ juga sesuai dan kuat mendaki jalan berbukit.. Juga berkuasa untuk memecut di lebuh raya..


  • Proton pakai je enjin Suzuki, tak payah susah-susah. Scale of economic pun dapat. Lagi satu, jual je la share 51% kat Suzuki terus jadi partner lagi senang.
    Kat India Suzuki ada Maruti sebagai partner, tapi design sedan diorang memang out. Inilah strength Proton yang Suzuki boleh leverage. Win-win situation.
    Vitara ni memamng satu berita yang baik, maknanya takde cabaran langsung la kalau ada. Dulu pernah lah ada Kembara dengan Nautica yang tak berapa nak jadi tu.


    • Renault ada share dalam Nissan lebih 43%, Tidak semestinya Nissan guna enjin Renault.. Malah Renault menggunakan enjin Nissan.. Pemilikan Renault ke atas Nissan adalah untuk mendapatkan akses dan memiliki kesemua teknologi dari Nissan bukan sebaliknya..


    • Syarikat-syarikat yang telah menaruh minat untuk mendapatkan pegangan dalam PHB adalah kerana pembangunan keluarga enjin euro 6c Proton diperingkat akhir.. Di mana dengan mendapatkan pegangan share PHB yang mungkin hanya separuh nilai kos pembangunan enjin-enjin tersebut tetapi mereka dapat akses serta teknologi tanpa mengeluarkan kos keseluruhan.. Selain mereka dapat akses kejuruteraan Lotus.. Lagi dapat menggunakan sepenuhnya fasiliti kilang Proton untuk pemasangan kenderaan model-model mereka.. Selain mereka dapat ekses sepenuhnya pasaran Malaysia..

      Mereka sebagai pelabur, mereka akan memikirkan keuntungan mereka terlebih dahulu.. Perkara biasa dalam perniagaan


      • Azrai..,

        bro.. ko punya sentimen ‘takmau susah’ tu kalau dipakai oleh semua penggerak industri di Malaysia ini.. alamatnya kita kena JAJAH semula lah..

        susah itu sbhgian dr prinsip org2 yg berjaya.. nk senang je semua.. better jual/tutup terus Proton..kite tgk je la.. win-win situation pn berprinsip la bro!

        yg penting Proton berdaya maju tetapi ekuiti milik kita. Kalau dh jual pd org lain.. maju apa nk dibanggakan lagi.. nothing la..govt kutip cukai je la mcm kutip dr Perodua Toyota dan Honda!


    • Share Perodua

      UMW Holdings Berhad 38%
      Daihatsu 25%
      MBM ??%
      PNB ??%
      Mitsu & CO ??%

      >UMW Holdings Berhad.. Bidang diceburi:-
      Auto
      Minyak & Gas
      Pengilangan & Kejuruteraan
      Kelengkapan

      >Daihatsu Milik penuh Toyota 100% ..Bidang diceburi:-
      Automotive

      Pelaburan Toyota dalam Perodua melalui anak syarikatnya Daihatsu..


      • Yep.. Sama kesnya seperti Lamborghini pengeluar supercar.. Lamborghini telah dibeli oleh Audi dan menjadi anak syarikat Audi..

        Audi pula Syarikat milik penuh Volkswagen(99.5%)..

        Pelaburan VW dalam Lamborghini melalui anak syarikatnya Audi..


  • Ni ada cerita Suzuki nak JV dengan Toyota pula semalam. Macamana pula JV PRoton-Suzuki + Toyota-Daihatsu-Perodua corakkan di M’sia nanti?

Leave a Reply