ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Wira Aeroback dipandu melawan arus, 4 maut

Berita Tempatan

Views

Pemandu Proton Wira Aeroback yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 12.8, Lebuhraya Lembah Klang (NKVE) pagi tadi, dipercayai memandu secara melawan arus.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati kejadian itu apabila Proton Wira Aeroback dipandu secara melawan arus dari arah Kuala Lumpur ke Klang oleh pemandu berumur 28 tahun.

Setibanya di lokasi kejadian, kereta tersebut bertembung Proton Wira Sedan yang dipandu seorang lelaki bersama seorang penumpang lelaki dan dua penumpang wanita.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Kedua-dua pemandu kereta serta dua penumpang Proton Wira Sedan disahkan meninggal dunia di lokasi manakala seorang penumpang Proton Wira Sedan parah.

Mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat manakala mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Dalam kenyataan hari ini, Mohd Iqbal berkata, siasatan mendapati, kesemua mangsa yang menaiki Proton Wira Sedan adalah rakan dan dipercayai hendak ke Pulau Pinang.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Menurut waris pemandu Proton Wira sedan, mangsa hendak ke Pulau Pinang tetapi tidak pasti mengapa mangsa berada di kawasan Shah Alam.

Siasatan juga mendapati, pemandu serta dua penumpang itu beralamat di Negeri Sembilan manakala seorang lagi beralamat di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Traffic Info Crew

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply