ARKIB

KATEGORI

Tular

Proton Wira disyaki dicuri langgar penghantar makanan

Tular

Views

Polis sedang mengesan pemandu sebuah Proton Wira yang disyaki melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama di Johor Bahru, semalam.

Menurut Berita Harian, pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Superintendan Fariz Ammar Abdullah, berkata sehingga kini pemandu lelaki itu belum tampil membuat laporan polis.

Bagaimanapun, katanya, Proton Wira yang terbabit dalam insiden itu dan disahkan kenderaan curi sudah ditemui ditinggalkan di tepi Jalan Persiaran Scientex Utama, Senai, hari ini.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Jelas beliau, pihak polis menerima laporan mengenai sebuah kereta yang memasuki laluan bertentangan, kira-kira jam 8 malam semalam.

Kereta itu kemudian melanggar penunggang motosikal Honda Wave yang sedang berhenti di persimpangan jalan sebelum melarikan diri dengan memandu secara melawan arus.

Penunggang motosikal cedera pada belakang badan. Beliau berkata, Proton Wira itu dilaporkan hilang di kawasan Pelangi Indah, kelmarin dan ditemui kira-kira jam 10 pagi tadi tanpa pemandu.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan tidak bertimbang rasa, manakala bagi kesalahan jenayah, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini supaya menyalurkan maklumat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBU di talian 07-5563122.

Terdahulu, satu video berdurasi 45 saat tular di media sosial memaparkan kemalangan membabitkan seorang penghantar makanan yang dilanggar sebuah kereta sebelum pemandu kereta melarikan diri.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply