ARKIB

KATEGORI

Tular

Proton Wira hilang di KL, ditemui di Terengganu – Habis kereta kena ‘barai’

Tular

Views

Sejak semalam, tular satu hantaran di akaun Facebook Fakhrul Mustapha yang meminta bantuan orang ramai berikutan kehilangan sebuah kereta.

Proton Wira dengan nombor pendaftaran WGF 7766 itu dipercayai hilang di sekitar PPR Batu Muda, Jalan Ipoh sejak pagi semalam.

Namun tidak sampai 24 jam, pemilik akaun Facebook bernama Jeff Tacra memaklumkan yang kereta tersebut telah pun ditemui di Jerteh (Jertih), Terengganu dalam keadaan yang menyedihkan.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Kereta yang dalam keadaan sempurna pada asalnya telah pun di’lerai’kan sehingga tinggal rangka. Namun enjinnya yang telah ditanggalkan tidak sempat untuk dilarikan si pencuri.

Menurut Jeff, nombor casis kereta itu juga telah dipotong. Dia megesyaki ada beberapa individu yang terlibat dalam kegiatan ini dan berharap agar si pemilik tabah menghadapi dugaan.

Dalam artikel terdahulu, kami pernah melaporkan yang Proton Wira merupakan model ‘kereta yang paling panas’ mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) dari bulan Januari hingga Jun 2019.

Menurut satu ciapan menerusi laman Twitter @simonwhthong Proton Wira menjadi model ‘paling panas’ kerana pengeluaran model ini telah lama dihentikan.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Ini bermakna segala bahagian badan dan organ dalamannya boleh menjadi alat ganti yang mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi dan mudah untuk dijual.

Sebagai contoh, enjinnya sahaja boleh dijual dengan harga di antara RM1,500 – RM2,000. Kotak gearnya juga mempunyai harga yang agak tinggi, RM1,000 untuk manual manakala unit automatiknya pula berharga RM1,300.

Cermin belakangnya pula boleh dijual pada harga RM350 dan panel meternya pula bernilai RM300. Ini tidak termasuk komponen-komponen lain, hatta pemegang pintunya sahaja masih lagi laku jika dijual pada harga RM20 seunit.

Maka tidak hairanlah Proton Wira menjadi sasaran utama memandangkan segala apa yang ada padanya boleh dijadikan alat ganti tercurai di kedai-kedai potong.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Fakhrul Mustapha dan Jeff Tacra

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply