ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Gambaran Artis

Views

Seperti biasa, jika ada imej manipulasi foto seperti ini, nama yang sentiasa ‘naik’ adalah Theophilus Chin. Selepas menggambarkan Bezza GR secara digital yang mendapat sambutan hangat pembaca, kali ini Theo kembali dengan gambaran awal model Proton X30, versi ‘katik’ X50.

Untuk menghasilkan imej digital ini, Theo telah menggunakan model asas Volkswagen T-Cross dan mengolahnya kembali dengan mengkacukkan beberapa elemen reka bentuk X50 pada model tersebut. Nampaknya eksperimen Theo berjaya membuahkan hasil yang sangat baik.

X30 ini kemudiannya diberikan warna luaran kuning emas, warna yang hampir sama dengan warna logo kami. Walaupun bertubuh katik, tetapi ia nampak padu dan ‘cukup rasa’ dengan warna ranggi sebegini. Jika ditambah dengan kemasan bumbung hitam, kami rasa ia akan lebih mengujakan.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Sebelum ini kami pernah mendengar ada ura-ura yang mengatakan Proton bakal membangunkan sebuah SUV/crossover mini dari pelantar AMA yang turut dikongsi bersama dengan Saga generasi keempat. Dikhabarkan model Saga generasi baharu itu nanti mungkin akan dikuasakan oleh enjin 1.2 liter turbo.

Selain Saga, model pengganti Persona juga sedang dirancang dan ia dikatakan akan dijana oleh enjin 1.0 liter turbo dan 1.5 liter turbo. Namun semua itu masih sekadar spekulasi yang masih belum dipastikan kesahihannya, mungkin benar atau mungkin juga tidak.

Akan tetapi, sekiranya Proton berminat untuk membangunkan sebuah SUV/crossover mini yang akan muncul dalam tempoh 3 atau 4 tahun dari sekarang, maka sesuai sangatlah ia dinamakan X30. Ia mempunyai kesinambungan daripada nama dua abangnya iaitu, X70 dan yang terbaharu X50.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Dalam artikel terdahulu, kami pernah menyiarkan foto intipan sebuah model SUV/crossover kompak Geely Vision S1 yang memakai pelitup separa celoreng di luar premis unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton. Namun pada ketika itu, perisik kami Mat Bond mengatakan, model X30 tiada dalam perancangan.

Mungkin pengurusan tertinggi Proton mengubah pendirian mereka memandangkan pesaing terdekatnya, Perodua bakal memperkenalkan model SUV mini, D55L sekitar bulan Mac tahun depan. Kami berpendapat Proton akan memantau dahulu bagaimana sentimen pasaran pada model itu, dan sekiranya ia di luar jangkaan sudah pasti mereka tidak akan membiarkan ‘lubuk emas’ tersebut.

Apa pendapat anda mengenai X30 rekaan Theo ini?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif