ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X50 2024 kukuhkan statusnya sebagai SUV kompak kegemaran Malaysia

Berita Tempatan

Views

Proton X50 2024 yang dilancarkan pada Jun lalu terus mencatatkan prestasi yang membangggakan, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai SUV kompak kegemaran Malaysia.

Pada bulan Julai, SUV premium segmen B ini telah mencapai angka jualan sebanyak 2,585 unit. Sejak dilancarkan pada 27 Oktober 2020, hampir 120,000 unit Proton X50 telah pun terjual.

Meskipun terpaksa menghadapi persaingan sengit daripada pesaing baru dari Jepun dan China, ia berjaya memperoleh pegangan pasaran sebanyak 10.3 peratus dalam segmen SUV dari Januari hingga Jun 2024.

Kemas kini yang penting untuk X50 2024 adalah penambahbaikan yang dilakukan untuk mengurangkan bunyi, getaran, dan kekasaran (NVH) serta meningkatkan keselesaan pemanduan secara keseluruhan.

Walaupun bahagian visual masih kekal seperti model sebelumnya, penambahbaikan yang ketara amat dihargai oleh pemandu yang menaik taraf daripada sedan keluarga segmen B yang lebih kecil.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Sistem inforianya juga telah dinaik taraf dengan paparan 10.3-inci yang kini standard untuk semua varian. Perkakasan baharu dipasang untuk meningkatkan masa mula dan masa memuat, serta dilengkapi dengan telematik melalui aplikasi Proton Link.

Selepas memperoleh maklum balas daripada pelanggan, sistem kamera 360 darjah juga telah dinaik taraf dan kini menampilkan paparan ‘3D Live Feed‘ untuk memberikan bantuan pengendalian yang lebih baik.

Sementara itu, varian Flagship dan Premium kini dilengkapi secara standard dengan pintu belakang elektrik yang sebelum ini merupakan ciri pilihan.

Memandangkan prestasi jualannya yang kukuh, tiada kejutan untuk mendapati bahawa X50 2024 telah memberi kesan kepada pelbagai demografik dan menarik perhatian pembeli lelaki dan wanita sama rata.

Lebih daripada 60 peratus pelanggan berumur antara 26 hingga 50 tahun, menunjukkan daya tarikannya kepada kedua-dua professional muda dan mereka yang berkeluarga.

 

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, prestasi jualan X50 2024 bulan Julai adalah bukti kepada usaha keras dan dedikasi seluruh pasukan di Proton yang cakna terhadap maklum balas pelanggan.

Kini terapat sejumlah 157 pusat 3S/4S Proton dan rangkaian kukuh ini menyokong pelanggan dengan penyelenggaraan yang boleh dipercayai, perkhidmatan yang cepat dan bantuan yang menyeluruh.

Dengan inovasi yang berterusan dan peka terhadap keperluan pelanggan, X50 2024 dijangka akan mengekalkan kedudukannya dalam kategori SUV segmen B yang sangat kompetitif.

Angka jualan yang mengagumkan dan populariti model yang berterusan menonjolkan strategi yang berjaya dalam menyampaikan kenderaan berkualiti yang memenuhi dan melebihi jangkaan pasaran.

Dengan gabungan ciri-ciri canggih, nilai yang baik, dan perkhidmatan pelanggan yang unggul, model ini dijangka akan terus menjadi pilihan utama bagi pemandu Malaysia untuk tahun-tahun yang akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply