ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Info

Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Info

Views

Kami tahu ramai yang tidak sabar lagi menantikan kehadiran model Proton X50 hingga dah ‘muak’ melihat kelibat unit ujiannya di jalan raya. Mat Bond ada beberapa info menarik yang baharu sahaja dikongsikan bersama dengan kami. Menurut risikannya, X50 kini berada pada fasa pra-pengeluaran dan semakin banyak unit yang telah siap dipasang di Tanjung Malim.

Tambahnya lagi, model tersebut telah selesai menjalani ujian perlanggaran dan pelancaran rasminya masih mengikut jadual asal, iaitu pada bulan September ini. Proton bakal menawarkan tiga pilihan varian untuk model X50 yang terdiri dari varian Standard, Executive dan Premium/Sport.

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Setakat ini Mat Bond mengesahkan ada empat pilihan warna yang bakal ditawarkan iaitu putih, kelabu, biru dan oren, selain kombinasi warna dwitona. X50 akan dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo (Drive E) yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan Dwi-cekam (DCT).

Sebelum ini kami pernah mewar-warkan kehadiran satu lagi pilihan enjin, 1.4 liter turbo yang digandingkan bersama pilihan kotak gear 6-kelajuan manual atau 6-kelajuan Dwi-Cekam (DCT) namun ia tidak akan hadir dalam masa terdekat.

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

Model ini juga mempunyai kandungan komponen tempatan yang jauh lebih tinggi daripada X70 kerana terdapat pertambahan yang agak ketara dari segi bilangan vendor lokal. Untuk model X50, tiada unit CBU seperti yang diperkatakan sebelum ini dan yang ada hanyalah unit pemasangan tempatan (CKD).

Dalam perkembangan berasingan Mat Bond berkata, Proton bakal memperkenalkan model Edisi Khas (SE) X70 yang mungkin menampilkan peningkatan kosmetik. Selain itu, sebuah surau/masjid yang boleh memuatkan 1,500 orang jemaah pada satu-satu masa bakal dibina dan dijangka siap pada tahun 2022.

Ia menelan belanja kira-kira RM5 juta dan kosnya dibiayai oleh Yayasan Albukhary, Proton dan juga sumbangan ‘infaq’ dari kakitangannya. Satu lagi info yang menarik perhatian kami adalah bakal model baharu Proton yang dikhabarkan adalah sebuah sedan. Buat masa ini kami belum memperoleh apa-apa lagi maklumat berkaitan dengan model tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Carmal Ir dan Ipin Hadi

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varianp

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif