ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Tular

Views

Sejak pagi tadi, tular satu hantaran di Facebook milik Puteri TopSales yang memaparkan kejadian kemalangan melibatkan sebuah Proton X50 yang sedang dalam perjalanan untuk diserahkan kepada pelanggannya. Katanya, dia merupakan bekas penasihat jualan di sebuah cawangan pengedar Proton dan kereta tersebut adalah milik pelanggan yang pernah berurusan dengannya sejak dari bulan April tahun lalu.

Kereta ini telah didaftarkan pada 1 Mac 2021 dan sepatutnya diserahkan pada 6 Mac lalu. Namun disebabkan dia bukan lagi penasihat jualan di cawangan tersebut, dia tidak dibenarkan untuk menyerahkan kereta itu kepada pelanggan secara sendirian dan perlu ditemani oleh seorang penasihat jualan bertauliah yang lain.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Diringkaskan cerita, mereka bertolak secara berasingan mulai jam 3 petang dari bilik pameran dan penasihat jualan yang menemaninya (pemandu X50) ‘tidak kunjung tiba’ di lokasi penyerahan hingga lewat malam. Pada jam 11 malam, Puteri mendapat panggilan dari pelanggan (bakal pemilik X50) yang mengatakan kereta tersebut mengalami kemalangan di sekitar Segamat.

Jika dilihat pada foto di bawah, sememangnya X50 tersebut telah mengalami kerosakan yang amat teruk (total loss) akibat terjunam ke dalam jalan runtuh. Menurut Puteri lagi, dalam laporan polis yang dibuat oleh penasihat jualan tersebut (pemandu X50) mengatakan X50 telah dipandu pada kelajuan 180 km/j!

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Walaubagaimanapun, pemandu X50 itu selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. Difahamkan kes ini masih lagi dalam siasatan dan tujuan Puteri membuat penjelasan ini adalah bagi membersihkan nama dan reputasinya. Kami berharap, kes ini dapat diselesaikan sebaik mungkin dan berharap kejadian seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Kesian kat pelanggan tu, dah la menunggu lama. Kereta tunggu masa nak diserahkan tapi kemalangan pula. Mungkin bukan rezeki dia lagi nak jadi geng pemilik X50. Harap dia mendapat kereta ganti dalam kadar segera. Kalau tengok gambar, struktur X50 memang sangat kukuh dan terbaik tahap keselamatannya kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Puteri TopSales

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> Optimus PrimeINTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply