ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X50 siap sedia untuk dieksport ke Thailand?

Berita Tempatan

Views

Seperti yang telah kami war-warkan dalam artikel terdahulu, model SUV kedua Proton, X50 telah menerima penarafan 5-bintang dari Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) baru-baru ini.

ASEAN NCAP telah mengeluarkan laporan penuh ujian berkenaan termasuk video yang memaparkan ujian perlanggaran dari arah depan serta sisi, termasuk ujian khusus untuk menilai sejauh mana keberkesanan sistem pemantau titik buta yang tertakluk kepada protokol baharu 2017-2020.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Apa yang menarik perhatian kami adalah salah satu jadual dalam infografik keputusan penuh ujian berkenaan, memperlihatkan pengeluaran X50 di negara ASEAN lain (untuk semua varian) termasuk Malaysia dan juga Thailand.

Adakah ia memberi petanda bahawa model ini siap sedia untuk dieksport ke negara “Gajah Putih” itu pada masa akan datang? Setakat ini kami masih belum mendengar ura-ura mengenai perkara berkenaan dan ia bukanlah perkara yang pelik memandangkan Proton kini telah menjadi hab bagi pemasangan kereta dari kumpulan Geely untuk pemanduan sebelah kanan.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Sebelum ini model X70 2020 telah mula meneroka pasaran negara Brunei sejak awal September lalu, sekaligus menjadikannya sebagai destinasi pertama eksport model yang dipertingkatkan itu ke luar negara. Berbalik kepada ujian yang dilakukan oleh ASEAN NCAP, unit yang diuji adalah dari varian Standard yang dilengkapi dengan empat beg udara.

Berikut adalah keputusan ujian untuk model Proton X50:

Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 31.42 mata (mata maksimum 36)
Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 41.50 mata (mata maksimum 49)
Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 14.00 mata (mata maksimum 18)

Anda boleh melihat jadual keputusan penuh ujian yang dilakukan oleh ASEAN NCAP untuk model Proton X50 di galeri foto pada bahagian bawah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Keputusan penuh ASEAN NCAP Proton X50

Proton X50

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply