ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X50 sudah mendarat di Mauritius

Berita Global

Views

Proton ‘dalam diam-diam’ telah memperkenalkan model SUV kompak mereka X50 ke pasaran Mauritius. Menurut laman Facebook Proton Mauritius, model berkenaan mula dijual di negara kepulauan tersebut sejak 4 Februari lalu.

Model berkenaan dijual pada harga atas jalan tidak termasuk insuran bermula dari Rs.1,275,000 (RM121,822). Proton X50 turut ditawarkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau 150,000 km.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Enam pilihan warna ditawarkan iaitu Snow White, Armour Silver, Ocean Blue, Jet Grey, Citric Orange dan Passion Red.

Jika merujuk kepada laman sesawang rasmi Proton Mauritius, ada empat varian ditawarkan bermula dari varian Standard 2WD, Executive 2WD, Premium AWD dan Flagship X 2WD.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Ia dijana dengan enjin petrol 1.5L TGDi yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan dwicekam (DCT).

Varian andalan Flagship X 2WD turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS yang merangkumi ciri Kawalan Jelajah Adaptif, brek kecemasan automatik, suluhan lampu tinggi automatik dan lain-lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Proton Mauritius

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply