ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 2020 dengan Penapis Kabin N95 bakal dilancarkan 12 Mei ini

Berita Tempatan

Views

Proton menerusi hantaran ringkas di laman Facebook rasminya mengumumkan bakal memperkenalkan model X70 2020 yang dipertingkatkan dengan Penapis Kabin N95 pada 12 Mei ini.  X70 2020 dengan Penapis Kabin N95 dikatakan mampu menyingkirkan 95 peratus partikel dan bahan cemar lebih besar daripada 0.3 mikron serta menghilangkan 98 peratus zarah debu PM2.5.

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

Selain itu, ciri baharu ini sangat berkesan untuk menapis partikel asap, habuk, bakteria dan banyak lagi, sekaligus memberikan udara yang bersih di dalam ruang kabin. Sebelum ini, ciri yang hampir sama telah ditampilkan pada model Geely ICON yang dilengkapi dengan Sistem Pembersih Udara Pintar (IAPS) baharu yang telah dilancarkan pada Februari lalu.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Sistem ini berfungsi bersama dengan pendingin hawa untuk mengasingkan dan menyingkirkan unsur yang memudaratkan dalam udara kabin termasuklah bakteria dan virus. Nantikan kemunculan X70 2020 dengan Penapis Kabin N95 tidak lama lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply