ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 2020 dengan Penapis Kabin N95 bakal dilancarkan tidak lama lagi

Berita Tempatan

Views

Proton menerusi hantaran ringkas di laman Facebook rasminya mengumumkan bakal memperkenalkan model X70 2020 yang dipertingkatkan dengan Penapis Kabin N95. X70 2020 dengan ciri terbaharu ini dijangka diperkenalkan tidak lama lagi.

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

Dengan adanya Penapis Kabin N95, penumpang bukan sahaja dapat menghirup udara kabin yang lebih bersih malah selamat daripada virus-virus yang berbahaya. Ciri yang sama juga telah ditampilkan pada model Geely ICON yang dilengkapi dengan Sistem Pembersih Udara Pintar (IAPS) baharu yang telah dilancarkan pada Februari lalu.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Sistem ini berfungsi bersama dengan pendingin hawa untuk mengasingkan dan menyingkirkan unsur yang memudaratkan dalam udara kabin termasuklah bakteria dan virus. Ia merupakan inisiatif Geely Auto yang telah memperuntukkan sebanyak 370 juta RMB (RM217.8 juta) untuk membiayai pembangunan “kenderaan sihat dan pintar“ bagi memerangi pandemik COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply