Laman sesawang Kompas pada bulan lalu melaporkan, Ketua Pemasaran Proton Edar Indonesia (PEI), Rully Septiadi berkata Proton bakal membawa masuk SUV pertama mereka X70 ke negara tersebut pada tahun ini. Beliau berkata pihak mereka masih dalam perbincangan sama ada mahu menjual atau hanya sekadar mempamerkannya.
Tambah beliau lagi, Proton bakal membuat kemunculan di dua pameran automotif tahunan yang terbesar di Indonesia, iaitu Indonesia International Motor Show (IIMS) dan Gaikindo Indonesia Auto Show (GIIAS) 2019. Namun beliau enggan mengulas lebih lanjut kerana ia masih dalam perbincangan di kalangan pihak pengurusan.
JOM BACA >> PANAS : Foto Proton Iriz MC2 bocor lagi!
Proton memang sudah beberapa tahun menghilang di pasaran Indonesia dan mulai tahun ini ia akan kembali memasarkan beberapa model keluaran mereka termasuklah model X70 yang baharu sahaja dilancarkan pada 12 Disember lalu. X70 merupakan model global hasil kerjasama strategik antara Proton dan Geely.
Sekiranya Proton ingin menyambung semula jualannya di Indonesia sudah pasti ia akan turut di bawa ke sana nanti. IIMS pada tahun ini akan berlangsung dari 25 April hingga 5 Mei di JIExpo, Kemayoran, Jakarta Pusat. Jangkaan kami Proton akan turut membawa beberapa model baharu ke pameran tersebut, antaranya Iriz MC2 dan Persona facelift selain X70. Pada kami, inilah peluang terbaik untuk Proton membuat kemunculan semula di negara tersebut.
JOM BACA >> PANAS : Imej belakang Proton Iriz MC2 tertiris!
KLIK UNTUK BESARKAN
Bawa terus dari China.