Ini info panas yang terbaharu kami perolehi mengenai Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD). Menerusi satu pesanan ringkas dari ejen perisik kami Mat Bond, beliau memaklumkan model SUV pertama Proton ini bakal ditawarkan dengan tujuh pilihan varian – empat daripadanya masih mengekalkan enjin 1.8 liter TGDi dan baki tiga lagi varian bakal menggunakan enjin 1.5 liter TGDi (Drive E).
Apa yang menarik kesemuanya bakal berkongsi transmisi yang sama iaitu 7-kelajuan dwi-klac (DCT). Dalam artikel terdahulu, kami hanya meramalkan akan ada lima pilihan varian, tetapi info terbaharu ini ia akan bertambah dua varian lagi.
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
Berikut adalah varian yang bakal ditawarkan pada model Proton X70 pemasangan tempatan (CKD):
- Varian Standard – 1.5 liter TGDi (Drive E) – 2WD
- Varian Standard – 1.8 liter TGDi – 2WD
- Varian Executive – 1.5 liter TGDi (Drive E) – AWD
- Varian Executive – 1.8 liter TGDi – 2WD
- Varian Premium – 1.5 liter TGDi (Drive E)- 2WD (Dengan bumbung suria)
- Varian Premium – 1.8 liter TGDi 2WD (Tiada bumbung suria)
- Varian Premium – 1.8 liter TGDi 2WD (Dengan bumbung suria)
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
Ini bermakna akan ada dua varian Standard dan Executive, manakala ada tiga varian Premium ditawarkan pada model keluaran Tanjung Malim nanti. Hanya satu varian akan ditawarkan dengan pacuan semua roda (AWD), manakala bakai enam varian lagi adalah versi pacuan dua roda (2WD).
Proton X70 CKD kini sudah memulakan pengeluarannya secara rasmi dan kami menjangkakan ia bakal dilancarkan secara rasmi pada suku pertama 2020, namun segalanya bergantung kepada sepantas mana baki stok versi CBU dari China dihabiskan dalam masa terdekat.
Nantikan perkembangan selanjutnya!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
KOMEN TERKINI