ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 jadi kenderaan kerajaan rasmi pegawai JUSA di Kementerian Kewangan

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini berlangsungnya majlis penyerahan sebuah Proton X70 kepada Kementerian Kewangan (MoF) yang bakal digunakan sebagai kenderaan rasmi Datuk Shahrol Anuwar Sarman, Setiausaha Bahagian Badan Berkanun untuk Bahagian Pengurusan Strategik.

Turut hadir pada majlis penyerahan itu ialah En.Shaheeran Jalalludin, Ketua Operasi Spanco, En Hazrin Fazail Haroon, Pengarah Kumpulan Kejuruteraan Proton dan En Fazli Hisham Shukor, Pengarah Jualan Korporat, Proton.

JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Dengan lebih daripada 500 tempahan dan lebih daripada 400 unit telah diserahkan, X70 dijangka menjadi salah satu kenderaan rasmi untuk pegawai-pegawai Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, X70 menjadi penyumbang utama kepada kejayaan syarikat tersebut pada tahun ini.

Kata beliau, X70 sekarang memainkan peranan rasmi untuk sektor perkhidmatan awam dan ini membuktikan kesesuaiannya untuk beberapa tugas termasuk mewakili pelbagai kementerian di peringkat peringkat tempatan dan antarabangsa. Beliau juga menjangka Proton bakal menerima lebih banyak tempahan untuk X70 dari pelbagai jabatan kerajaan pada tahun 2020.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

Keputusan oleh kerajaan Malaysia dan Spanco untuk menempah X70 untuk armada adalah pengumuman utama kedua yang melibatkan SUV ini dengan kerajaan Malaysia. Terdahulu pada bulan Disember, telah diumumkan X70 akan digunakan untuk menyokong Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020 sepanjang tahun.

Tambah Dr Li Chunrong lagi, Proton akan terus bekerjasama rapat dengan pembekal perkhidmatan seperti Spanco untuk memastikan mereka dapat menyokong keperluan kenderaan rasmi oleh agensi sektor awam dan jabatan kerajaan. Sebagai jenama automotif Malaysia, Proton mahu terus menunjukkan sokongannya kepada negara dan memainkan peranan dalam pembinaan negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply