ARKIB

KATEGORI

Info

Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Info

Views

Sebenarnya agak lama juga kami tidak mendapat informasi terkini berkenaan model baharu Proton, memandangkan ejen perisik Mat Bond agak sibuk sejak kebelakangan ini.

Sungguhpun begitu, ada perkhabaran terkini mengenai X70 MC1 yang dikongsikan oleh rakan kami di Automachi.com. Menurut Automachi, model facelift pertama X70 itu bakal diperkenalkan pada bulan depan (Mei 2022).

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

X70 MC1 bakal ditawarkan dalam lima pilihan varian, berbanding empat untuk versi sebelumnya. Apa yang menarik ada empat varian menggunakan enjin tiga-silinder 1.5-liter TGDI yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwicekam (DCT).

Agak mengejutkan juga, Proton masih mengekalkan satu varian enjin 1.8 litre T-GDI pada model semasa yang dikhususkan hanya untuk varian Premium.

Berikut adalah senarai pilihan varian untuk Proton X70 MC1:

  • 1.5 Standard
  • 1.5 Executive
  • 1.5 AWD Executive
  • 1.5 Premium
  • 1.8 Premium

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Dari segi saiz rim ia ditawarkan dengan tiga saiz yang berbeza, varian Standard dilengkapi rim 17-inci, varian Executive rim 18-inci dan varian Premium rim 19-inci (sama seperti rim X70 Special Edition (SE)).

Varian AWD Executive turut membuat kemunculan semula dan sebelum ini kami pernah menyiarkan foto intip unit ujiannya dalam artikel terdahulu.

Ruang kabin varian Premium juga menggunakan rona warna hitam seperti X70 SE. Selain itu, model ini juga akan menerima sedikit perubahan kosmetik di bahagian luaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply