ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 tak jadi ke IIMS 2019

Berita Global

Views

Laman sesawang Kompas melaporkan, Proton telah membatalkan hasrat mereka untuk menyertai Indonesia International Motor Show (IIMS) 2019 yang bakal berlangsung pada 25 April hingga 5 Mei 2019. Ini sekaligus membantutkan hasrat pengeluar kereta nasional Malaysia itu untuk memperkenalkan model SUV pintar pertama mereka iaitu X70.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Pemasaran Proton Edar Indonesia (PEI), Rully Septiadi dan beliau memaklumkan pembatalan tersebut disebabkan ada hal yang berkaitan dengan Proton di Malaysia. Rully tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut dan mengatakan yang model SUV tersebut tidak akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Namun beliau memberi jaminan yang Proton akan terus wujud dalam pasaran negara ASEAN termasuk Indonesia. Dalam satu kenyataan rasmi, Pengarah Pemasaran Antarabangsa Proton, Steven Xu memaklumkan syarikat tersebut akan terus menjual kenderaan mereka di Indonesia yang mempunyai ramai pelanggan setia.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Beliau berkata, sebagai pasaran terbesar di ASEAN, Indonesia sangat penting bagi masa depan perniagaan Proton. Perubahan polisi perniagaan mereka di negara tersebut tidak akan mengubah niat mereka untuk membawa lebih banyak lagi model baharu seperti Proton X70 dalam masa terdekat. Menurutnya lagi, Proton kini sedang mencari pengedar tempatan baharu untuk memperluaskan lagi pasaran mereka di Indonesia dan mendapatkan lebih banyak lagi pelanggan yang berpotensi.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply