ARKIB

KATEGORI

Info

Proton X90 bakal muncul menjelang akhir tahun 2022?

Info

Views
PROTON X90? FUHH MANTAP!

Masih ingat lagi tak anda dengan artikel kami mengenai model SUV tujuh-tempat duduk Geely Hao Yue (VX11) yang diwar-warkan bakal menjadi SUV ketiga Proton? Ada perkhabaran terbaharu dari ejen perisik kami Mat Bond yang mengatakan ada desas-desus model ini bakal di’Proton’kan menjelang akhir tahun 2022.

Buat masa ini tiada maklumat lanjut mengenai projek tersebut memandangkan model yang diberi nama Geely Okavango di pasaran Filipina itu masih berada pada peringkat awal. Di Filipina, ia ditawarkan dalam dua varian iaitu asas (Comfort) dan andalan (Urban).

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh enjin tiga silinder petrol 1.5 liter turbo dengan sistem hibrid ringan 48-volt yang mampu menghasilkan 190 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas. Kombinasi enjin petrol dan hibrid ini digandingkan pula dengan transmisi 7-kelajuan dwi-cekam (7DCT) yang memacu roda hadapan.

Ia berbeza dengan versi di China yang mempunyai dua pilihan penjana tenaga, iaitu enjin tiga silinder 1.5 liter turbo yang mampu menjana 174 kuasa kuda dan 255 Nm daya kilas, manakala satu lagi pilihan, iaitu enjin empat silinder 1.8 liter turbo pula mampu menghasilkan 181 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Dari segi reka bentuk, model Hao Yue (VX11) mempunyai gaya rekaan yang agak bersegi sesuai dengan susuk tubuhnya yang lebih besar dan ‘sado’. Jeriji depannya menampilkan gaya rekaan baharu Expanding Cosmos dengan logo baharu Geely dan lampu utama jenis LED matriks.

Bakal pesaing kepada Toyota Fortuner, Mazda CX-8 dan KIA Sorento ini mempunyai ukuran dimensi 4,835 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,780 mm tinggi, manakala jarak antara gandarnya pula 2,815 mm. Apa yang menarik, model ini bakal menjadi SUV pertama Proton yang mempunyai tujuh-tempat duduk memandangkan model sedia ada X70 dan X50, hanya memiliki lima-tempat duduk sahaja.

Mungkin hasil karya manipulasi dari ‘sifu’ Theophilus Chin ini boleh memberi gambaran awal mengenai model yang bakal menjadi Proton X90 nanti. Apa pun, kita nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif