ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X90 terima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Berita Tempatan

Views
ASEAN NCAP - PROTON X90

Laman sesawang rasmi Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah mengumumkan keputusan ujian untuk model terbaharu dalam siri-X Proton, iaitu X90.

Model SUV segmen-D yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 83.75 mata.

Di bawah protokol penilaian terkini ASEAN NCAP 2021-2025, kenderaan akan dinilai berdasarkan empat kategori yang merangkumi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) dan Keselamatan Motosikal (MS).

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Berikut adalah cerakinan skor bagi keputusan ujian untuk model Proton X90:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 37.75 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 17.79 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 15.71 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Keselamatan Motosikal (MS) – 12.50 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

X90 didatangkan secara standard dengan enam beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Antikunci (ABS), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) di hadapan dan belakang, Pengesanan Titik Buta (BSD), Pengesanan Kehadiran Kanak-kanak (CPD) dan Teknologi Perlindungan Pejalan Kaki.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan beberapa ciri bantuan pemandu termaju mengikut varian, antaranya Brek Kecemasan Autonomi (AEB) Bandar, AEB Antara-Bandar, AEB Pejalan Kaki, Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Lintasan Belakang (RCTA), Bantuan Keluar Lorong Kecemasan (ELKA), Maklumat Papan Tanda Trafik (TSI) dan Amaran Rempuhan Belakang (RCW).

X90 ini merupakan model ke-10 di bawah jenama Proton yang telah dinilai oleh ASEAN NCAP. Sebagai tambahan kepada beberapa teknologi bantuan keselamatan baharu, ASEAN NCAP turut berbesar hati kerana Proton telah menjadikan teknologi seperti BSD dan CPD sebagai peralatan standard untuk kesemua variannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply