PT Astra Daihatsu Motor (ADM) telah melancarkan varian terbaharu model SUV kompak, Rocky yang dijana oleh enjin aspirasi normal 1.2 liter di pasaran Indonesia. Ia sekaligus menjadikannya sebagai varian Rocky yang pertama di dunia menerima enjin 1.2 L WA-VE tiga silinder ini.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Enjin ini digandingkan dengan pilihan transmisi manual dan Dual Mode CVT. Tiga pilihan varian ditawarkan, bermula dari varian asas M, X (pertengahan) dan ADS (varian tertinggi). Rocky 1.2L ditawarkan dengan lima pilihan warna, iaitu Yellow Metallic, Icy White, Ultra Black Solid, Dark Grey Metallic, dan Classic Silver Metallic.
Model ini turut dilengkapi dengan panel meter digital bersaiz 7-inci dengan empat mod, unit infohiburan bersaiz 7-inci yang menyokong ketersambungan peranti pintar, rim aloi bersaiz 16-inci, sistem brek anti kunci (ABS), agihan brek elektronik (EBD) dan kawalan kestabilan kenderaan (VSC).
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
Rocky 1.2L dijual pada harga bermula dari Rp 185,800,000 (RM 53,501) bagi varian asas 1.2 M MT hingga Rp 223,100,000 (RM 64,242) bagi varian tertinggi 1.2 X CVT ADS. Adakah Perodua akan turut mengikut jejak langkah rakan strategiknya di Indonesia untuk memperkenalkan varian Ativa 1.2L?
Sama-sama kita nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
KOMEN TERKINI