ARKIB

KATEGORI

Buletin

Puan Aneesa pemilik pertama Honda Jazz Sport Hybrid i-DCD di Malaysia

Views

Puan Aneesa Binti Abdul Rashid dengan bangganya menjadi pemilik Jazz Sport Hybrid i-DCD di Malaysia dan di luar Jepun yang pertama dalam satu majlis penyerahan yang bertempat di Honda Global Amity, Bangi semalam. Beliau yang mencari kereta kedua untuk keluarganya, memilih Jazz Hibrid kerana kagum dengan sistem sport hibrid yang memberikan pengalaman pemanduan sporty dan pada masa yang sama menjimatkan minyak. Ciri paling unik pada model tersebut yang membuatkan kereta ini sangat praktikal untuk keluarganya adalah ruang kargo yang fleksibel.

Bukan sekadar mendapat kereta baharu, Puan Aneesa turut diberikan kit badan penuh Mugen secara percuma dan tiket untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Formula 1 2017 pada bulan Oktober nanti yang bernilai RM6,350 sebagai token penghargaan dari Honda Malaysia bagi meraikan peristiwa bersejarah ini.

Di Jepun sahaja model ini telah terjual sebanyak 865,000 unit setakat Jun tahun ini. Jualan keseluruhan kenderaan Hibrid Honda di Jepun sahaja mencecah 1.2 juta unit hingga setakat ini sejak pengenalan teknologi tersebut pada 1999. Jualan terkumpul Jazz Hibrid secara global buat masa ini melebihi 525,000 unit.

Honda Malaysia merupakan perintis kepada pengenalan teknologi hibrid di Malaysia sejak 2004 dan merupakan pengeluar pertama yang memasang kenderaan hibrid secara pemasangan tempatan dan negara ketiga selepas Jepun dan Amerika Syarikat yang mengeluarkan model CKD hibrid pada 2012. Sejak itu, sebanyak 26,800 unit kenderaan hibrid telah berjaya dijual oleh Honda Malaysia. Dengan pengenalan teknologi baharu Sport Hybrid i-DCD, Honda Malaysia meneruskan usaha memperkenalkan Teknologi Termaju Masa Hadapan selain mempromosikan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang menjadi aspirasi Kerajaan Malaysia.

Sejak dilancarkan pada awal bulan Jun yang lalu, Jazz baharu mendapat reaksi yang sangat positif dan mencatatkan jualan melebihi 1,300 unit hanya dalam masa dua minggu. Model Jazz generasi ketiga telah menjadi peneraju dalam segmennya dan merupakan model Jazz yang paling popular dengan jualan melebihi 48,000 unit di Malaysia sejak pengenalannya pada 2014.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply