ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pukul ‘Pak Guard’ kunci tayar kereta sebab pakir di petak OKU – Suspek ditahan polis

Tular

Views

Semalam tular satu video berdurasi 1 minit 4 saat di laman sosial yang menunjukkan pergaduhan seorang lelaki dengan pengawal keselamatan di kawasan pakir. Ia gara-gara lelaki itu tidak berpuas hati dan membelasah pengawal keselamatan itu dengan kayu golf kerana tayar keretanya dikunci akibat meletakkan kenderaan di ruang parkir orang kelainan upaya (OKU).

Menurut laporan Sinar Harian, lelaki itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pengawal keselamatan warga Nepal berusia lingkungan 30-an terbabit cedera di lengan dan telinga akibat dipukul suspek.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, berkata sebelum kejadian mangsa yang mendapati terdapat sebuah kereta jenis Honda Jazz diletakkan di ruang parkir OKU bertindak mengunci tayar kenderaan itu pada jam 1.30 petang.

Menurutnya, hampir setengah jam kemudian, mangsa didatangi dua lelaki yang memintanya membuka kunci berkenaan. Namun mangsa tidak menuruti kehendak suspek dengan menyatakan perlu membayar denda di pejabat pengurusan terlebih dahulu.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Tambahnya, suspek dan rakannya tidak mempedulikan kata-kata pengawal keselamatan itu dan cuba merosakkan kunci tersebut meskipun ditegur mangsa supaya tidak melakukan perbuatan itu. Secara tiba-tiba suspek berambut oren terus memarahi mangsa dan menumbuk muka mangsa.

Suspek yang sama kemudiannya mengambil kayu golf dari but kereta lalu memukul lengan kanan dan muka mangsa. Rajab berkata, rakan suspek cuba meleraikan kejadian yang turut disaksikan beberapa orang awam lain.

Katanya lagi, mangsa yang cedera berlumuran darah di bahagian lengan tangan kanan dan luka telinga kanan kini masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Beliau berkata, susulan itu polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Hasil pemeriksaan suspek didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply