Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA – Petronas (PUMP) memperuntukkan RM2.5 juta bagi membantu 7 usahawan automotif membuka pusat servis kenderaan di Terengganu.
PUMP merupakan program khas berstruktur yang merangkumi latihan keusahawanan, pembiayaan perniagaan, khidmat nasihat dan pemantauan berkala oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Petronas.
Kerjasama antara MARA bersama Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMM) ini berjaya memperkukuhkan lagi peranan MARA dan Petronas dalam memperkasakan ekonomi Bumiputera terutamanya dalam bidang automotif.
Seramai 55 usahawan telah terpilih daripada 120 usahawan yang menghadiri taklimat dan temuduga yang telah diadakan pada Ogos 2022 bagi zon pantai timur, iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Bagi program PUMP di Negeri Terengganu, MARA mensasarkan 10 cawangan yang bakal beroperasi, tiga daripadanya telah beroperasi di Kuala Nerus, Kemaman dan Dungun manakala tujuh lagi cawangan sedang dibangunkan dan dijangka akan beroperasi pada tahun ini.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, secara keseluruhan, MARA telah memperuntukkan RM185 juta bagi melaksanakan program-program keusahawanan yang memberi manfaat kepada 1452 usahawan di seluruh Malaysia.
Bagi program automotif pula, sebanyak RM7.4 juta peruntukan telah diluluskan dan memberi manfaat kepada 60 usahawan.
Tambah beliau, MARA juga telah memperuntukkan RM15 juta yang memberi manfaat kepada 35 usahawan dengan memiliki 46 buah cawangan di bawah jenama PUMP.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Keberhasilan ini sangat memberangsangkan dan memberi impak tinggi apabila nilai jualan usahawan di bawah PUMP mencecah RM50 juta dengan penawaran 320 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Lubricants Marketing Sdn Bhd, Zameer Zahur Hussain berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan pelancaran cawangan terbaru Petronas AutoExpert di Kuala Terengganu ini.
Tambahnya, sokongan daripada pihak MARA di dalam usahasama ini sangatlah dihargai. Skim pinjaman di dalam program PUMP ini ternyata banyak membantu Bumiputera berkelayakan untuk menambahbaik taraf kehidupan mereka melalui industri automotif.
RS Auto Sdn Bhd adalah antara usahawan PUMP pantai timur yang telah menerima kemudahan pembiayaan dari MARA Terengganu sebanyak RM 500 ribu bagi ubah suai bengkel yang lebih kompetitif dan berdaya saing serta lebih sistematik.
Dalam perkembangan berkaitan, MARA mensasarkan 20 cawangan PUMP akan dibuka di seluruh Malaysia pada tahun ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI