ARKIB

KATEGORI

Buletin

Punca gangguan bekalan air terbongkar, rupanya kontraktor lebuh raya curi air!

Berita Tempatan

Views

Kontraktor lebuh raya di Ampang Jaya, Ampang dikesan melakukan penyambungan air secara haram bagi menjalankan projek pembinaan, semalam.

Menurut Sinar Harian, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam kenyataannya berkata, tindakan itu menyebabkan 60 akaun pengguna mengalami gangguan air secara tidak berjadual.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurut SPAN, operasi dijalankan Bahagian Penguatkuasaan SPAN Ibu Pejabat bersama pihak Pengurusan Air Selangor sejurus selepas mendapat aduan daripada pengguna.

Hasil ujian klorin yang dibuat mengesahkan bahawa bekalan air terawat yang diterima adalah daripada sumber bekalan air milik Air Selangor.

Mengulas lanjut, SPAN berkata, kes di siasat di bawah peruntukan Seksyen 125 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Notis pemberitahuan kesalahan telah dikeluarkan kepada kontraktor terlibat dan pada masa sama pihak operator juga berusaha membaik pulih sistem bekalan air yang terganggu.

Orang ramai digesa memaklumkan kepada operator air sekiranya terdapat sebarang kegiatan mencurigakan disyaki berkaitan aktiviti mencuri bekalan air bersih termasuk membuat penyambungan secara tidak sah.

Sebarang aduan atau maklumat berkenaan pencemaran para pengguna boleh menghubungi talian 013-388 5000 atau e-mel ke [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply