ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pura-pura jadi pembeli sebelum Honda Civic dibawa lari

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki dan wanita berpura-pura mahu membeli sebuah kereta jenis Honda Civic dari sebuah kedai kereta terpakai di Taman Melodies di Johor Bahru sebelum melarikan kenderaan itu dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Namun tidak sampai 24 jam, kedua-dua suspek berusia 20-an itu berjaya diberkas di Taman Berjaya, Simpang Renggam, Kluang.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurut Sinar Harian,  Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pada mulanya jurujual berkenaan membuat laporan polis kehilangan kereta itu dan tidak memberitahu cerita sebenar.

Katanya, semasa disoal siasat Bahagian Siasatan Jenayah mendapatinya membuat laporan palsu, kereta itu sebenarnya dilarikan pasangan itu yang berpura-pura menjadi pelanggan.

Bertindak atas maklumat pada jam 10 pagi Sabtu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah D4 Johor Bahru Selatan dibantu Balai Polis Simpang Renggam membuat serbuan di sebuah rumah di taman tersebut.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

KLIK UNTUK BESARKAN

Menurutnya, menerusi serbuan itu pihak polis berjaya menahan kedua-dua suspek dan merampas kereta yang dilaporkan hilang. Semakan mendapati kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau dan masih dikehendaki polis.

Kedua-duanya ditahan direman selama empat hari bermula 11 hingga 14 Julai bagi membantu siasatan. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara satu hingga tujuh tahun dan denda.

Mohd Padzli berkata, jurujual yang membuat laporan palsu itu pula disiasat di bawah 379A/182 Kanun Keseksaan dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. Tambahnya lagi, jika sabit kesalahan boleh dipenjara enam bulan, denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply