ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S BYD terbesar milik SISMA Auto dibuka secara rasmi

Berita Tempatan

Views

Kumpulan automotif premium berbilang jenama SISMA Auto, telah membuka Pusat 3S BYD yang terbesar di Glenmarie, Shah Alam. Pusat 3S yang dibina dengan kos RM5 juta ini merupakan kemudahan BYD Kelas A di Malaysia.

Fasiliti ini menampilkan bilik pameran yang boleh mempamerkan sembilan buah kereta dan 16 petak servis yang memiliki kapasiti untuk menerima lebih 1,000 pelanggan sebulan.

Ia dilengkapi dengan peralatan diagnosis terkini, alat dan kelengkapan khas serta kawasan simpanan dengan suhu yang terkawal untuk menyimpan komponen bateri kuasa yang sensitif.

Bilik Kenderaan Tenaga Baharu turut disediakan untuk membaiki semua komponen voltan tinggi. Pusat 3S BYD SISMA Auto turut menerima pengiktirafan daripada Pengasas dan Pengerusi BYD, Wang Chuanfu, semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada 4 Mei 2023.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Pengarah Urusan Kumpulan SISMA Auto, Syed Khalil bin Syed Ibrahim berkata dengan sejarah perkongsian perniagaan dengan jenama automotif selama 30 tahun, syarikat bersedia untuk menawarkan pengalaman 3S premium kepada para pemilik BYD di Malaysia.

Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd, Eagle Zhao turut melahirkan keyakinan terhadap potensi pasaran untuk BYD di Malaysia.

Katanya, permintaan untuk kenderaan tenaga baharu di Malaysia telah meningkat dengan ketara dan berhasrat untuk memperkenalkan teknologi terkini serta menawarkan lebih banyak pilihan untuk pengguna di Malaysia.

Pengarah Urusan Sime Darby Motors untuk Peruncitan & Pengedaran Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan, juga teruja dan bersedia bekerjasama dengan rakan-rakan pengedar yang komited untuk mengembangkan jenama BYD di Malaysia.

Sempena dengan pembukaan pusat 3S ini, BYD SISMA Auto akan menganjurkan karnival Electric Dreams BYD SISMA Auto mulai 2 hingga 11 Jun 2023 dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Para pelanggan dan pengunjung yang mendaftar untuk pandu uji layak menerima hadiah selamat datang, makanan ringan dan cabutan bertuah.

Pembukaan Pusat 3S BYD SISMA Auto bermakna pusat kereta mewah terpakai SISMA Auto Hub akan berpindah bersebelahan dengan premis yang sebelum ini diduduki oleh Pusat Servis dan Volvo Selekt.

Perniagaan Volvo SISMA Auto pula akan berpindah ke kemudahan utama Volvo 3S yang baharu di Sungai Besi yang akan dibuka tidak lama lagi.

Bilik Pameran Pusat 3S BYD SISMA Auto dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dari Isnin hingga Sabtu, dan dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Ahad dan cuti am.

Pusat Servis pula beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang dari Isnin hingga Jumaat dan dari 8.30 pagi hingga 12.30 petang pada hari Sabtu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply