ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S Honda terbesar di Malaysia Timur dibuka secara rasmi

Views

Baru-baru ini Honda Malaysia telah merasmikan pembukaan Pusat 3S Honda yang terbesar di Malaysia Timur. Pusat pengedar Honda yang ketujuh ini terletak di Miri, Sarawak dan dimiliki oleh SYK RW Motor Sdn. Bhd. Ia bakal memberi lebih kemudahan kepada pelanggan Honda yang kian bertambah. Dari bulan Januari hingga November 2017, jualan di kawasan Malaysia Timur berjaya mencatatkan 6,600 unit, sekaligus menyumbang 7 peratus daripada jualan keseluruhan Honda Malaysia yang melebihi 98,200 unit.

Negeri Sarawak menyumbang lebih dari 4,000 unit atau 60 peratus dari jualan di Malaysia Timur, dan BR-V merupakan model yang paling popular. Secara keseluruhan terdapat tujuh pusat pengedar di Sarawak – tiga di Kuching, satu di Bintulu, dua di Miri dan satu lagi di Sibu. SYK RW Motor mempunyai pengalaman selama 40 tahun dalam industri automotif dan telah melabur RM7 juta untk membangunkan Pusat 3S Honda yang mempunyai keluasan 48,000 kaki persegi di Miri ini.

Pusat Servis 3S Honda milik SYK RW ini dilengkapi dengan 12 ruangan servis termasuk 7 ruangan servis pantas, 2 untuk pembaikan am, 2 untuk servis tayar dan 1 untuk servis penyaman udara dan mampu mengendalikan sehingga 40 unit kenderaan sehari. Pelanggan yang mengujungi pusat ini boleh berehat sambil menunggu kenderaan di Lounge Pelanggan atau Lounge Eksekutif, menggunakan servis Wi-Fi percuma, Sudut untuk Kanak-kanak, Surau dan menikmati pelbagai makanan dan minuman.

Selain itu, pusat ini turut menyediakan perkhidmatan nilai tambah seperti cucian kereta percuma, pembaharuan cukai jalan dan insurans untuk pelanggan mereka. Untuk membuat temujanji, pelanggan boleh menghubungi SYK RW Motor (Pusat 3S Honda) di talian 085-430 666 atau terus berkunjung ke alamat Lot 1772, Block 10, Jalan Cahaya, Miri Concession Land District, 98000 Miri, Sarawak atau layari laman sesawang www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply