ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S Mitsubishi Bayan Lepas dibuka secara rasmi

Views

EON Auto Mart Sdn Bhd (EON Auto Mart), Ahli Kumpulan DRB-HICOM Berhad, dan Mitsubishi Motors Malaysia telah merasmikan pelancaran pembukaan Pusat 3S Mitsubishi di Bayan Lepas. Pusat 3S Bayan Lepas ini merupakan penempatan semula Pusat 3S Mitsubishi yang dahulunya terletak di Bukit Mertajam telah mula beroperasi sejak Disember 2016. Pembukaan rasmi Pusat 3S ini telah dilancarkan oleh Encik Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia dan Encik Rohimie Shafie, Ketua Pengedaran Automotif, DRB-HICOM Berhad.

Ia terletak di lokasi strategik di Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas dan hanya 20 minit perjalanan dari Georgetown. Dibangunkan di tapak seluas kira-kira 1,199 meter persegi, Pusat Mitsubishi 3S Bayan Lepas ini mempunyai enam ruang penyelenggaraan, satu ruang pembersihan dan juga ruang resepsi. Di samping itu, pusat ini juga mempunyai ruang pameran yang mampu mempamerkan sehingga lima kenderaan, dan juga kawasan istirehat pelanggan yang dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi dan minuman ringan untuk keselesaan para pelanggan.

Dilengkapi sepenuhnya dengan peralatan diagnostik dan Set Peralatan Khas (SST) yang diluluskan oleh Mitsubishi Motors Malaysia, Pusat 3S ini dikendalikan oleh 20 tenaga kerja selepas jualan, servis, juruteknik dan perunding terlatih serta berpengalaman bagi menyediakan penjagaan yang terbaik untuk kenderaan Mitsubishi, termasuk perkhidmatan am dan pembaikan utama.

Bilik pameran dan jualan Pusat 3S Mitsubishi Bayan Lepas ini beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.30 pagi hingga 5.45 petang.  Sementara pada  Sabtu, Ahad dan cuti umum, pusat ini beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Pusat Selepas Jualan pula hanya beroperasi dari hari Isnin hingga Sabtu mulai 8.30 pagi hingga 5.30 petang, dan tutup pada Ahad dan cuti umum.  Pusat ini turut menyediakan pengangkutan ulang-alik untuk para pelanggan  Mitsubishi yang berada dalam lingkungan radius 5km daripada pusat ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

(1-1)Mitsubishi Opening (2-2)Mitsubishi Opening (3-3)Mitsubishi Opening (4-4)Mitsubishi Opening

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply