ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S Nissan pertama di Negeri Sembilan milik Seremban Victory Credit Sdn Bhd dibuka secara rasmi

Views

Seremban Victory Credit Sdn Bhd, pengedar sah Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini melancarkan pusat 3S Nissan miliknya di Seremban yang dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Anthony Loke. Pusat 3S Nissan Seremban Victory mempunyai kawasan binaan seluas 12,000 kaki persegi.

Melibatkan pelaburan sebanyak RM10 juta, pusat 3S Nissan baharu itu membolehkan bilik pamerannya mempamerkan sehingga 8 buah model Nissan serta 13 ruang servis yang mampu menyelenggara 40 buah kereta sehari. Pengarah Seremban Victory Credit Sdn. Bhd., Trevor Tham Lin Sing berkata, bilik pameran baharu 3S Nissan Seremban Victory kini telah ditambah baik, lebih besar dan mudah diakses demi memenuhi keperluan komuniti di Seremban.

JOM BACA >> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Berjaya Jimat 6.6 Billion Dolar Tahun Lalu

Bukan itu sahaja, perkhidmatan insurans dan sewa beli, ruang rehat pelanggan yang selesa, Wi-Fi percuma, ruang penyerahan berhawa dingin dan sudut kanak-kanak merupakan sebahagian daripada kemudahan yang boleh pelanggan nikmati di pusat 3S Nissan baharu tersebut.

Waktu operasi pusat 3S Nissan Seremban Victory bermula dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat, 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada Sabtu, Ahad dan cuti umum. Pusat servis pula dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap Isnin hingga Sabtu. Untuk membuat temu janji, pelanggan boleh menghubungi Seremban Victory Credit Sdn Bhd di talian 06-720 2666 atau 06-720 2888.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply