ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S Proton baharu Sandakan dibuka secara rasmi

Views

Sebuah lagi Pusat 3S Proton baharu, kali ini di Sandakan, Sabah milik Fook Loi Corporation telah dirasmikan baru-baru ini. Ia terletak di kawasan komersial dan perumahan, dan mudah untuk diakses melalui jalan utama. Selain itu, cawangan ini juga terletak berdekatan dengan syarikat pengeluaran kereta yang lain dan ia bakal memberi satu kelebihan untuk Fook Loi untuk menanti kehadiran Proton X70 yang sememangnya model yang sangat berdaya saing.

Perasmian cawangan ini telah disempurnakan oleh Dr Ho Tuck Sum, Pengurus Besar, Perancangan Rangkaian Proton dan turut dihadiri oleh barisan Pengarah Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd dan ahli Pengurusan Proton yang lain. Proton kini dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan. Fook Loi dipilih berdasarkan keupayaan dan kemampuan untuk mengendalikan jualan Proton.

JOM BACA >> Sistem GKUI Proton X70 – Aplikasi yang membolehkan pengguna berhubung dengan kereta menerusi telefon bimbit

Pusat 3S ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti ruang minuman, Wi-Fi percuma, ruangan pengecas komputer riba/telefon bimbit dan tempat letak kenderaan yang luas untuk pelanggan. Ia terletak di Batu 2.5 Jalan Labuk, 900000 Sandakan, Sabah.

Waktu operasi Jualan:

Isnin – Sabtu: 8.30 pagi – 5.30 petang
Ahad & Cuti umum: 9.00 pagi – 2.00 petang

Waktu operasi Servis:

Isnin – Sabtu: 8.00 pagi – 5.00 petang
Ahad & Cuti umum: 8.30 pagi – 1.30 petang

JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply