ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Pusat 3S Volvo Ara Damansara mula beroperasi

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Swedish Auto Sdn Bhd, syarikat yang dilantik menjadi rakan-pengedar Volvo Car Malaysia sejak Oktober tahun lalu, hari ini memperkenalkan Pusat 3S Volvo terbaharu yang terletak di Ara Damansara. Pusat 3S empat tingkat ini diinspirasikan dari warisan dan ideal dari jenama Scandinavian itu turut mematuhi piawaian runcit Volvo Car – Volvo Retail Experience (VRE).

Ia bakal menjadi Pusat 3S yang pertama dilengkapi dengan Studio Realiti Maya (VR Studio) dan RATC Bay (Reception at The Counter). Fasiliti ini direka untuk untuk memberikan pengalaman mewah kontemporari, menampilkan bilik pameran dan pusat servis di aras bawah, lengkap dengan kawasan perincian kereta, yang terletak di aras dua dan tiga. Zon penjajaran dan pengimbangan tayar pula berada di aras empat.

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Selain itu, ia bakal menjadi bengkel pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan pendingin hawa sepenuhnya. Ia akan dikendalikan oleh sepasukan penasihat selepas jualan berkemahiran tinggi seramai 18 orang, 14 daripadanya akan bertugas di ruangan baik pulih dan servis, manakala dua daripada mereka ditempatkan di RATC Bay.

Semua ruang parkir untuk pelanggan akan turut dilengkapi dengan Pengecas Kenderaan Elektrik. Pelantikan Sime Darby Swedish Auto, yang merupakan satu unit di bawah Sime Darby Berhad Motors Division yang berpengalaman luas dijangka membina usaha Volvo untuk menyampaikan wawasan jenama itu kepada pasaran dan mengukuhkan keyakinan pelanggan.



JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Volvo Ara Damansara terletak di Blok 6, Sime Darby Motors City,6 Jalan PJU 1A/7, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Waktu operasi bilik pameran bermula dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat), dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Sabtu), dan dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang (Ahad dan cuti umum).

Waktu operasi pusat servis pula bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat) dan dari jam 8.30 pagi hingga 12.45 tengah hari (Sabtu). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-7623 3200. Pusat 3S bakal dirasmikan pada 20 Februari 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply