ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat Alat Ganti Serantau (RPC) Proton di Kuching bakal dibuka, mampu simpan stok sehingga tiga bulan

Berita Tempatan

Views

Proton bakal membuka Pusat Alat Ganti Serantau (RPC) baharu di Kuching, Sarawak untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Malaysia Timur.

Fasiliti berkeluasan 28,000 kaki persegi itu mempunyai lebih daripada tiga kali ganda kapasiti penyimpanan daripada setor sebelumnya dan akan berfungsi sebagai pusat pengedaran alat ganti untuk bahagian dan komponen selepas jualan untuk Sabah dan Sarawak.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah dengan sukacitanya mengumumkan RPC baharu di Kuching hampir siap. Ia bakal mengurangkan masa menunggu untuk alat ganti di rantau di mana logistiknya agak mencabar.

Setelah siap, Proton akan mempunyai keupayaan untuk menyimpan sehingga tiga bulan stok, malah boleh juga menerima penghantaran terus alat ganti daripada vendor luar negara.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Selain daripada peningkatan ruang dan keupayaan untuk mengendalikan penghantaran terus alat ganti, RPC baharu juga akan dapat menyimpan sehingga enam kontena, membolehkannya menerima berbilang tempahan serentak.

RPC ini juga akan dapat mengendalikan peningkatan daya pengeluaran, mengurangkan masa yang diperlukan untuk memproses dan menghantar pesanan ke pusat servis/pengedaran.

Tambah Roslan, sebagai tambahan kepada tiga bulan stok yang dipegang di RPC, pengedar Proton juga dikehendaki mempunyai stok bahagian penyelenggaraan selama tiga bulan.

Jualan Proton di Malaysia Timur telah meningkat secara progresif sejak 2019, berikutan pelancaran X70 pada 12 Disember 2018.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Jumlah jualan di rantau ini telah meningkat sebanyak 120 peratus dari tahun 2018 hingga tahun 2021, dan dengan angka tempahan yang sihat pada tahun 2022, syarikat menjangkakan pertumbuhan sebanyak 20 peratus lagi dalam jualan tahun ke tahun.

Sehingga akhir bulan Oktober, Proton telah menyerahkan 115,366 unit kenderaan setakat tahun ini, menunjukkan peningkatan sebanyak 33.6 peratus setakat ini untuk sepuluh bulan pertama tahun 2022.

X50 kini merupakan model SUV terlaris di negara ini dan secara kumulatif, hampir 50,000 unit X50 dan X70 telah diserahkan tahun ini. Saga kekal sebagai model paling popular Proton, diikuti dengan X50.

Tahun lalu, Proton menjual 8,692 unit Saga dan 2,934 unit X50 dan berdasarkan trend tempahan semasa, mereka meramalkan jualan masing-masing akan melebihi 10,000 dan 4,200 unit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply