ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat Rekabentuk MAI dirasmikan

Views

Institut Automotif Malaysia (MAI) merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditugaskan untuk memperkasakan industri automotif negara dan menjalankan pelbagai inisiatif yang bakal memberi manfaat kepada ekosistem automotif. Antara tumpuan inisiatif ini adalah Pusat Rekabentuk MAI di Rawang, yang bakal menjadi pemangkin kepada komuniti automotif untuk membangunkan inisiatif MITI dan Industri 4.0 MAI.

Pusat Rekabentuk MAI ini merupakan pusat yang kedua dilancarkan oleh MAI pada tahun ini selepas Pusat Sumber MAI di Bukit Beruntung yang menjadi tumpuan untuk pembangunan modal insan, pengesahan teknologi dan penggunaan amalan automasi. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Y.B Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan telah merasmikan Pusat Rekabentuk MAI.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah, Datuk Nik Rahmat Nik Taib, Timbalan Setiausaha Industri MITI, Datuk Isham Ishak Timbalan Setiausaha Perdagangan MITI, Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Timbalan Setiausaha Strategi dan Pemantauan, Mr Sunao Matsubayashi, Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), Daihatsu Motor Co. Ltd., Datuk (Dr) Aminar Rashid, CEO dan Presiden PERODUA, dan Datuk Madani Sahari, CEO MAI.

Sedikit info mengenai Pusat Rekabentuk MAI:

  • Pusat ini ditubuhkan dengan tujuan meningkatkan pelaksanaan Industry 4.0 ke dalam industri automotif khusus dalam bidang kejuruteaan rekabentuk, simulasi dan pembuatan prototaip.
  • Ia merupakan produk kerjasama antara Kerajaan dan Industri (MAI, PERODUA dan vendor).
  • Bakal menjadi pusat perkongsian terbuka platform Industry 4.0 di mana OEM dan vendor dari pelbagai lapisan boleh menggunakan perkakasan dan perisian yang ada seperti Pencetak 3D Fused Deposited Material, Pencetak 3D Selective Laser Sintering (SLS), Augmented Reality, Pelayan (Server) Berkomputer Prestasi Tinggi MAI dan banyak lagi.
  • Pusat Rekabentuk MAI juga akan membolehkan industri automotif menjalankan kejuruteraan serentak antara OEM dan vendor semasa peringkat pembangunan produk model baharu. Ini bagi menjamin kualiti, dan meningkatkan produktiviti pembangunan model baharu.
  • Penubuhan Pusat Rekabentuk MAI juga bakal mempromosikan persekitaran yang lebih kondusif kepada industri untuk berinovasi dan mempunyai pakatan strategik dan kerjasama, yang sememangnya penting bagi daya saing industri tempatan dan menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global.
  • Kemudahan di Pusat Rekabentuk MAI dilengkapi dengan teknologi yang turut membolehkan penglibatan industri lain seperti aeroangkasa dan sektor pengangkutan secara keseluruhan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply