ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat servis Honda terpilih mula beroperasi hari ini

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia kembali menyambung operasinya secara berperingkat bermula hari ini yang merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-4, setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Buat permulaan, hanya perkhidmatan selepas jualan khususnya untuk tujuan servis kenderaan sahaja yang  dibenarkan beroperasi manakala pejabat jualan, kilang pengeluaran dan bilik pameran masih lagi ditutup. Segala prosedur yang ditetapkan oleh MITI bagi keselamatan dan kesihatan kepada pekerja serta pelanggan seperti kekerapan sanitasi dan nyah kuman akan dilaksanakan sebagai rutin asas.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata pihaknya akan mematuhi lanjutan PKP dan pada masa yang sama setiap pelanggan mereka juga perlu memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik. Katanya, pusat servis yang kembali beroperasi ini akan mematuhi segala arahan PKP dari segi kebersihan dan penjarakan sosial.

Antara langkah yang perlu dipatuhi oleh setiap pelanggan ialah mereka yang perlu melalui pemeriksaan suhu badan dan mereka diberikan cecair pensanitasi tangan sementara menunggu status temu janji disahkan. Jika didapati ada individu yang mencatat suhu badan melebihi 37.5 darjah selsius dan ke atas serta mempunyai simptom demam, batuk atau sesak nafas, mereka akan diminta untuk segera meninggalkan premis untuk mendapatkan rawatan.

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

Selain itu, jumlah pelanggan yang hadir akan dihadkan pada satu-satu masa dan mereka perlu membuat temu janji dengan pengedar berhampiran terlebih dahulu untuk tempahan servis. Bagi mengekalkan penjarakan sosial semua pengedar terlibat kini memperaktikan untuk pelanggan meninggalkan kenderaan di premis servis terbabit dan hanya berhubung menerusi telefon bersama penasihat servis sebelum mengambilnya semula setelah siap diservis.

Untuk mengetahui senarai cawangan pengedar yang dibuka sepanjang tempoh PKP ini sila rujuk senarai di bawah atau layari laman sesawang www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply