ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rafizi gesa kerajaan apungkan semula harga minyak secara mingguan

Views

Berita Harian melaporkan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa kerajaan melaksanakan semula sistem apungan harga minyak secara mingguan seperti yang dilaksanakan pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Beliau berkata pelaksanaan sistem itu membolehkan harga RON95 diturunkan sebanyak 20 sen untuk beberapa minggu akan datang berdasarkan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Dalam sepucuk surat yang diutuskan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan turut dikongsi di akaun Facebook rasminya hari ini beliau menambah, sejak beberapa minggu lalu, harga minyak mentah dunia mengalami penurunan mendadak, terutama minggu ini. Bagi memastikan harga yang dibayar rakyat melambangkan keadaan pasaran semasa, beliau memohon supaya kerajaan mempertimbangkan menyemak harga mengikut formula secara mingguan.

JOM BACA >> INTIP : SUV Perodua dihantar ke Jepun?

Rakyat sudah terbiasa dengan pengiraan mengikut minggu seperti yang ditinggalkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. Malah, rakyat tidak tahu pun bahawa kerajaan kini menyemak harga mengikut formula secara bulanan. Rafizi berkata, kerajaan perlu menyemak harga mengikut formula secara mingguan untuk memastikan rakyat menikmati penjimatan serta-merta jika ada kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia.

Oleh kerana kiraan kerajaan menggunakan rujukan harga bulanan purata bagi November 2018 untuk menetapkan harga RON95 bagi Disember tahun ini, ia menunjukkan harga mengikut formula mekanisme harga automatik (APM) masih lagi lebih tinggi, RM2.20 seliter yang ditetapkan. Selagi harga minyak mentah dunia kekal tinggi, maka pengiraan formula hanyalah untuk menentukan berapa subsidi yang ditanggung kerajaan kerana harga yang dibayar oleh rakyat adalah lebih rendah berbanding harga formula.

Apa pendapat anda?

JOM BACA >> MESTI TONTON : Video acah pertama SUV Perodua (D38L)

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply