ARKIB

KATEGORI

Tular

Rakaman video papar kelibat tiga beranak misteri berbaju putih berjalan dalam gelap

Tular

Views

Sebuah video berdurasi 38 saat tular di laman media sosial sejak semalam, apabila berjaya merakamkan kehadiran imej tiga orang individu yang sedang berjalan di dalam gelap selain mengenakan pakaian serba putih.

Menurut K! ONLINE, video yang dirakam menggunakan kamera pemuka (dashcam) itu dipercayai berlaku di sebuah jalan dekat Gua Musang, Kelantan dan direkodkan sekitar pukul 5.26 pagi berdasarkan maklumat pada kamera tersebut.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menerusi video dikongsi pemilik Twitter @mrcreepyposta itu, kehadiran entiti yang memakai pakaian serba putih itu dipanggil sebagai tiga beranak di Gua Musang. Katanya, tiga beranak ini tersohor di seluruh tanah jajahan Kelantan.

Tambahnya, daripada komen orang ramai, di situ memang ada entiti tiga beranak sekitar Gua Sejuk sejak dahulu lagi. Pemilik akaun itu turut meminta orang ramai untuk membuat keputusan sendiri sama ada paparan entiti itu adalah benar atau sekadar penipuan sahaja.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan imej berkenaan sama ada ia merupakan entiti makhluk lain atau manusia yang berjalan di dalam gelap.

Sementara itu, video berkenaan yang turut dikongsi di aplikasi Tiktok berjaya ditonton lebih 700,000 kali oleh pengguna laman media sosial itu. Orang ramai turut memberi reaksi berbeza berhubung paparan entiti tiga beranak itu dengan ada menyifatkannya sebagai sebuah misteri yang sering berlaku di Kelantan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply