ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Raksasa Biru’ galas cabaran getir Borneo Safari

Berita Tempatan

Views

Walaupun baru saja dilancarkan untuk pasaran tempatan, Isuzu D-Max 1.9 liter tidak gentar untuk menggalas cabaran dan ujian getir di dalam acara off-road antara yang paling mencabar di Asia, iaitu Borneo Safari di Sabah.

Sejak lebih sedekad lalu, Isuzu D-Max 2.5 liter dan 3.0 liter telah terbukti menjadi antara kenderaan terbaik dan berkeupayaan untuk mengangkut wakil media di sepanjang laluan berliku yang terlibat, walaupun sekadar diberikan modifikasi minimum.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki, tahun ini, mereka akan menggunakan D-Max 1.9 liter pula untuk melihat keupayaannya di dalam keadaan dan permukaan ekstrem seperti itu. Blue Monster terbaharu ini menampilkan penggunaan enjin 1.9 liter yang paling kecil dan canggih dalam kelasnya, tetapi dengan janaan kuasa yang lebih besar berbanding unit 2.5 liter terdahulu, serta 56 kg lebih ringan.

Melalui rekaan dan kejuruteraan inovatif, model baru berkenaan dijangka akan dapat memberikan prestasi off-road lebih baik sebagaimana prestasi yang telah ditunjukkannya di atas jalan biasa. Selain penggunaan jenis tayar untuk permukaan berlumpur, ia juga menggunakan suspensi lain untuk menyesuaikan penggunaan roda yang lebih besar, perlindungan badan tugas berat, sebuah takal (winch) dan corong udara khusus (snorkel).

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Selebihnya, ‘Raksasa Biru’ ini kekal dengan spesifikasi standard sepertimana yang dilihat pada unit-unit yang dipamer di bilik pameran. Blue Monster diserahkan kepada pasukan penganjur Borneo Safari di Kota Kinabalu sebagai sebahagian daripada komitmen Isuzu selaku penaja utama acara itu yang menyediakan kenderaan untuk wakil media.

Tahun ini menyaksikan penganjuran kali ke-29 bagi Borneo Safari, dan merupakan tahun ke-13 Isuzu bertindak selaku penaja utama. Acara berkenaan bakal bermula di Kota Kinabalu pada 27 Oktober dan menyusur laluan ke Beaufort, Tenom, Keningau dan Tambunan sebelum kembali ke pusat bandar pada 3 November 2019 untuk majlis penutup.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply