ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ralat teknikal, punca wanita dikompaun MBK meskipun parkir dibayar menerusi aplikasi PahangGO

Berita Tempatan

Views

Susulan dengan tularnya artikel yang diterbitkan oleh portal Sin Chew Daily pada 7 Mei lalu berkenaan kompaun yang dikeluarkan terhadap pengguna parkir digital menerusi aplikasi PahangGO, pihak berkenaan mengeluarkan satu kenyataan media bagi menjelaskan situasi yang berlaku.

Menurut satu hantaran di laman Facebook rasminya, PahangGO memaklumkan pihaknya telah melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem dalaman yang melibatkan migrasi sistem ke pelayan (server) baharu pada 2 hingga 4 April 2022 (sempena cuti Hari Raya Aidilfitri).

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Pada 5 Mei 2022, terdapat ralat teknikal yang berlaku pada awal pagi mengakibatkan sebahagian kecil aplikasi Penguatkuasa mengalami gangguan semasa membuat semakan parkir digital dan akhirnya kompaun telah dikeluarkan kepada penggunanya.

Walaubagaimanapun, pihak PahangGO telah berjaya menangani ralat teknikal tesrebut pada jam 11.40 pagi. Seramai 24 pengguna parkir digital didapati telah terkesan dan dikenakan kompaun, berbanding 3,823 pengguna lain pada hari yang sama dan proses pembatalan kompaun telah dibuat.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

PahangGO turut menafikan bahawa masalah tersebut adalah berpunca daripada ketidakselarasan sistem antara agensi seperti yang dilaporkan oleh media, memandangkan sistem penguatkuasaan yang digunakan oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) turut dibangunkan oleh mereka.

MBK hanya berperanan sebagai pengguna dalam membuat semakan dan mengeluarkan kompaun. Pihak PahangGO memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan berharap pengguna tidak perlu bimbang menggunakan versi baharu aplikasi tersebut yang bakal dilancarkan kelak.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sin Chew Daily

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply