ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ramai pemandu teksi putus asa akibat persaingan dengan Uber dan Grab?

Views

Sejak diasak hebat oleh Uber dan Grab, sepanjang bulan lepas sahaja dianggarkan seramai 10,000 pemandu teksi di Lembah Klang berkemungkinan telah memulangkan teksi mereka kepada syarikat pengusaha teksi. Laporan dari The Sun Daily memaklumkan kebanyakan syarikat pengusaha teksi cuba memujuk mereka untuk meneruskan kerjaya masing masing dengan menawarkan diskaun hebat kadar sewa harian sejak enam bulan yang lalu.

Sejak Mei lalu, syarikat pengusaha teksi dikatakan telah mengurangkan bayaran muka untuk penyewaan teksi bajet daripada RM8,000 dengan seorang penjamin kepada bawah RM2,500 tanpa penjamin. Kadar sewa harian turut dikurangkan kepada RM40 sehari pada masa kini daripada RM55 sebelumnya untuk sebuah kereta Proton Persona.

Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Bumiputra Semenanjung (Perbumi) Datuk Mohd Alias Abdul yang memberitahu The Sun berkata, “Kebanyakan pengusaha teksi dan syarikat telah melaporkan bilangan pemulangan kenderaan yang besar. Ia melibatkan bukan hanya teksi lama, tetapi juga teksi yang baharu.”

Tambahnya lagi, “Di antara 10 peratus dan 30 peratus daripada jumlah bilangan teksi (35,000 unit) di Lembah Klang telah dikembalikan kepada pengusaha teksi dalam tempoh tiga hingga empat minggu lalu, dan sejak wujudnya Uber dan Grab pendapatan pemandu teksi telah menurun sebanyak 40%.”

Selain itu terdapat juga beberapa kes di mana kenderaan yang ditarik balik oleh pengusaha teksi kerana gagal melunaskan tunggakan bayaran sewa selama beberapa bulan. Walaupun pemandu teksi diberikan kelonggaran, namun sebahagian daripada mereka mempunyai bayaran tunggakan sehingga lima atau enam bulan dan telah diberi notis serta amaran.

Tinjauan telah dibuat oleh The Sun di salah syarikat pengusaha teksi, New Supercab Sdn Berhad di Glenmarie, Shah Alam mendapati hampir 200 unit teksi, telah dikembalikan dan diletakkan di sekitar kawasan itu dan di padang berhampiran. Namun lain pula cerita bagi Pengasas Big Blue Taxi Services Datuk Shamsubahrin Ismail yang berkata setakat ini tiada lagi isu melibatkan pemandu memulangkan kenderaan mereka disyarikatnya, kerana mereka hanya mengendalikan perkhidmatan teksi premium. Yang menerima tempias dari kehadiran Uber dan Grab adalah pengusaha teksi bajet.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Sewa mahal sangat! Sepatutnya RM22 sehari. Pengusaha cekik darah! Penyewa teksi yang tersepit antara Pengusaha & Pesaing grab & uber!


  • Mmm… kalau dari dahulu perkhidmatan teksi kita first class, uber n grab car bukanlah suatu masalah. Setelah menerima kritikan sebagai perkhidmatan teksi terburuk di dunia dikalangan pelancong luar/dalam, apa lagi yg depa nie expect? Ternyata sistem yg diterima pakai uber & grab car adalah lebih baik dan praktis dan memberi manfaat yg lebih baik kpd pengguna, kenapa tidak dipraktikkan sahaja sebagai sistem baharu dlm perkhidmatan teksi di M’sia? Kenapa? Kerana sistem cengitu mengurangkan ruang utk mengaut untung lebih melalui ekploitasi teksi kononnya bermeter? Rata2 meter pada teksi di M’sia hanyalah sekadar hiasan jer. Paling kurang pun ditutup dgn tuala ‘Good morning’:P Sesiapa yg kerap menggunakan perkhidmatan nie terutamanya di pekan2 dan kawasan2 bandar, tentu sahaja ada pengalaman2 sengsara begini, Mereka sebagai pengguna kekadang tiada pilihan dgn dikenakan bayaran yg x masuk akal (tanpa meter).

    So, sistem perkhidmatan teksi di M’sia kena tukar dri sistem konvensional biasa nie. SPAD kena berperanan memantau n melunas tanggungjawab yg lebih baik, weii… perkhidmatan nie adalah sebagai duta kecil kpd negara la. Selesaikan masalah umbi bermula dgn sistem, pengusaha, pemandu/penyewa teksi n atitud pemandu teksi itu sendiri. Jgn sekadar menjalankan kewajipan sekadar sehangat hangit tahi ayam.

    Namun, bukan semua pemandu teksi bermasalah begitu, ada juga memberi servis yg baik juga kepada pengguna, tapi mmg segelintir besarnya, mereka2 nie la yg membuat onar kpd perkhidmatan teksi di M’sia. Yg jujur pun tergugat iman; – depa nie bleh kaut untng, nie x bleh jadi nie… nk la jugekk… cengitu la senarionya….:P Sorry

    Cheers!


  • Apa yang dapat dilihat persaingan antara Teksi-Grab-Uber adalah persaingan yang sihat untuk memberikan perkhidmatan yang cermelang kepada pelanggan.. Pihak SPAD perlulah memantau mereka supaya tidak melanggar peraturan dan melindungi hak asasi pelanggan terutamanya..

Leave a Reply