ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ranger Wildtrak rangkul anugerah emas “Trak Pikap Tahunan” di People’s & Editors’ Choice Awards 2022 Carlist.my

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) baru-baru ini telah meraih anugerah Emas bagi “Trak Pikap Tahunan” melalui Ranger Wildtrak generasi baharu bagi People’s & Editors’ Choice Awards 2022 anjuran Carlist.my.

Ini merupakan kali ketiga berturut-turut trak pikap Ranger memenangi pelbagai anugerah setelah menerima undian yang tertinggi daripada rakyat Malaysia dalam People’s Choice Awards, sejak 2019.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Menurut Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, pihaknya berbangga dipilih sebagai trak pikap paling popular oleh rakyat Malaysia selama tiga tahun berturut-turut.

Sarat dengan kelengkapan canggih serta teknologi keselamatan termaju dalam kelasnya, termasuk paparan skrin sentuh 12-inci di tengah dengan sistem infotainmen SYNC® 4A, Ranger Wildtrak generasi baharu tampil lebih menawan dan pada masa yang sama mengekalkan penggayaan maskulin yang kental.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Rekaan dalamannya juga telah dirombak untuk memberikan suasana dan kualiti premium seperti sebuah sedan. Pencalonan bagi People’s & Editors’ Choice Awards 2022 anjuran Carlist.my adalah daripada model baharu yang dilancarkan dari 1 Jun 2021 sehingga 30 September 2022.

Ia dilakukan menerusi pilihan ramai setiap jenama dan berdasarkan data jualan serta kekerapan sebutan jenamanya sepanjang tahun.

Bagi People’s Choice Awards, pengguna diminta untuk mengundi tiga model kenderaan teratas bagi setiap kategori. Proses undian didokumentasikan dan dinilai oleh auditor dalaman Carlist untuk memastikan ketepatan data dan proses penilaian yang adil.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply